Jumaat, 19 Ogos 2011

Cara Mencuci & Memasak Siput Mentarang


Siput Mentarang


Siput yg dah siap dibuang kulitnya

Hari ni meh kita belajar cara mengopek dan mencuci mentarang. Atas permintaan seorang sahabat yang sedang bunting..dan teringin nak memakannya.
Siput mentarang ni habitatnya adalah di kawasan berselut, jadi apabila kita nak menikmatinya..amat wajiblah bagi kita mencucinya terlebih dahulu. Tetapi..kalau korang tak kisah nak makan selut atau pun nak cuba rasa kesedapan tanah selut pantai..takyah la susah-susah nak cuci..leh rasa kerangupan pasir sekali.Boleh tajamkan gigi sekali.
Hemm..sebelum aku lupa..kalau korang beli mentarang ni sebelah petang..dan tak sempat nak memasaknya..jangan sesekali cuci dengan air tawar..sebaliknya letak dalam bekas yang kering..kalau dah kena air..mentarang akan mati dan memang tak sesuai di makan.Mentarang yang dah mati berbau busuk.Jadi kalau dah beli dan ada bau yang amat-amat busuk..maka..carilah..pasti ada sekor dua yang dah mati. Kekadang bau lumpur pun busuk juga..jadi jgn terkeliru ya.Tetapi kalau kopek, terus cuci letak lam peti ok la.
Kalau korang nak buat masakan cam di atas tu atau yang seangkatan dengannya..memula sekali kenala buang kulitnya. Cara yang paling mudah..letakkan bahagian kepala (yg besar) ke arah korang dan tolak kulit bahagia ekor ke arah sisi. Kalau korang koyakkan kulitnya secara membuka terus..agak bahaya dan boleh menghancurkan isi mentarang yang lembut. Bahayanya adalah kulit mentarang mungkin pecah dan akan melukakan jari dan menjadi lebih sukar untuk mencuci sebab kulit yg hancur akan melekat pada isi mentarang. Sesilap bila dah masak korang akan kunyah kulit siput jer..ee..potong selera.
Selepas dah berjaya tanggalkan isinya dari kulit..kena la buang giginnya pula (org cakap gigi..aku pun panggil gigi la. )benda ni selalu ada di bahagian kepala (bahagian isi yg besar tu ) rasala dengan jari..jika ada..buang lah ya..jgn dimasak sekali pula. Nanti asyik kunyah benda tu ja. Selepas tu..korang kena picit dengan jari di bahagian ekornya sambil menggerakkan jari kehadapan.Maknanya dari bahagian kepala siput yg berekor tu..hingga ke hujung ekornya.Hal ini untuk mengeluarkan selut dan sisa makanannya yg masih ada di bahagian tu..sambil-sambil tu..cucila lendir yang ada di siput tu..di bawah air yg mengalir. Buat benda ni agak makan masala..tapi kalau dah selalu buat..sebenarnya kejap ja..ok..dah siap pun sekor mentarang korang cuci. Mudah ja kan..selalunya aku akan kopek semua sekali sambil buang gigi..selepas tu baru aku akan cuci bahagian -bahagian lain.Ini lebih cepat dan mudah.
Kalau korang hanya nak rebus atau bakar ...cukup mudah..rendamkan dalam air ..dan gosot kulitnya dengan mengunakan berus sabut ataupun pulur kelapa. Kat kg adala pulur kelapa..kat pekan mana nak cari kan..guna ja berus sabut..lebih mudah dan cepat.Hati-hati..jari anda mungkin terluka..selepas kulit dah cuci..lalukan siput tu di bawah air yg mengalir biar air mengalir melalui bahagian dalam siput..hal ini untuk mencuci selut yg ada kat dalam kulitnya. Tetapi...semasa nak menikmatinya...sediakan lebihan air rebusan tadi di dalam mangkuk..sebab..bila kita dah kopek kulitnya..sisa selut masih ada..tapi tak banyakla..air rebusan tadi digunakan untuk mencuci selut ..kalau nak guna air biasa pun boleh..cuma akan hilang manisnya sebab dah kena air tawar.
Untuk mengekalkan kemanisan siput mentarang nih..semasa nak merebus..jangan letak air terlalu banyak di dalam periuk rebusan..letak sikit sahaja..sebab..semasa proses merebus tu..siput akan mengeluarkan airnya sendiri. Air tersebutla yg manis original.Tak perlu letak garam dah..Samalah seperti kita rebus kerang..kalau letak air banyak..kerang kita dah tak manis dah.. ( aku kalau rebus kerang..langsung tak letak air..kerang akan lepaskan air dari badannya sendiri..amat manis )
Kalau nak buat masakan simple cam aku buat tu..tumis bawang dan cili kering..bila bwg dah kekuningan..masukan siput yg siap kopek ..tak perlu letak air..kejap lagi..air siput akan memenuhi bekas tu. Masukan sedikit kunyit dan tunggu sehingga air hampir kering..masukan air asam jawa secukup rasa(yg agak pekat key..kalau cair..bertambah pula kuahnya)..tunggu mendidih kejap..korang baru rasa apa yg kurang..samada kurang garam atau gula.Tetapi selalunya kalau masak gini..aku memang tak tambah sebarang perasa dah. Garam pun tak..gula pun tak..sebabnya rasanya memang dah secukup rasa..syaratnya..semasa masak jgn letak air kosong dah. Jadik..kalau dah ok..tunggu kering sedikit..maka siapla.Sedia dihidangkan.. Ok tak Puan Asyidah..ada kemuskilan..msg ja key. Selamat mencuba..

8 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Salam...Emmmm...selalu dengar benda alah ni, tapi belum pernah lagi makan, sedap agaknya yaaaaa....

mela berkata...

sedapp.cubala...isi dia lembut dan manis..yang di bakar pun sedap..isinya lagi segarr..

Amie berkata...

adooiiii Mela...
tengok mentarang tu tak sabar nak terbang balik kampung di Jerammmm.... nak makan mentarang gak!

izahdaut berkata...

ooo ini ke binatang tersebut. sedap ke? tak nah pulak jumpa kat pasar sini... kerr tak pernah nak cari ek.. hehe...oo gitu yee.. uishh nampak cam sedap la pulak

mela berkata...

kak amie..cepatt..balik cari mentarang...rasakan manisnya..nyummm..

mela berkata...

kak izah..cuba cari ..tapi tak semua kawasan ada mentarang nih..org ada masalah gout tak leh makan banyak-banyak..nanti nagis la pula..

SiTyAiZa berkata...

uish.... my peberet nih... kalau beli mesti bakar ja... sedap... 1 kg skali ngadap ngan husbent je.... kalau rasa nak mkn mentarang.. sity slalu cari tepi dkt jalan tepi laut kola perlis, mmg banyak org menjualnya... tp mengikut musim dia jugak... nyummy...

mela berkata...

Siti....memang best ...lepas makan siap menggaru sebab elergik.hahahahah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...