Monday, December 31, 2012

COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG

Percutian pd 21-23 Disember 2012 hanya di Pulau Pinang. Bulan Jun 2012 kami baru ja ke MELAKA .. jadi aku rasa utk hujung tahun pi dekat-dekat sudahla ( sebab poket dah nipis , hahahah...) . Aku pun dah tak ingat kali keberapa kami ke area Batu Feringghi Pulau Pinang.. sebab dulu ini memang antara tempat kegemaran aku.. Tetapi..selepas aku pi kali ni..aku rasa sedih sangat dengan keadaan pantainya. Banyak sampah.. berbau hancing kencing kuda ( mungkinla ) , najis anjing yg berselerak di atas pasir.. dan entahla apa lagi..tapi aku rasa pantai dah tak sebersih dulu.Memang aku tak benarkan anak aku mandi laut .
Ok..kali ni aku menginap di Copthorne Orchid Hotel Penang.. first time duk sini.Hotel yg kami pernah duduk di sekitar Batu Feringghi sebelum ni dah penuh..sebabnya lambat sangat booking. Hotel ni pun ok juga..cuma untuk pertama kalinya dlm sejarah percutian kami, aku minta untuk ditukarkan bilik. Bilik pertama yg aku dapat ada masalah dengan tandasnya. Air dari tandas atas menitik dan masuk ke tandas kami.. Waaaaa...aku tak dapat terima masalah ni. Aku rasa aku dah bayar mahal dan aku harus dapat nilai terbaik dari duit yg aku laburkan.
Alhamdulillah.. urusan tukar bilik  amat-amat mudah. Aku cuma call kaunter receptionis dan bagitau masalah ni.Kemudia dia minta aku cakap dengan manager terus. Manager pun ok.. selepas aku terangkan masalah tersebut..dia cakap ada bilik kosong berdepan bilik kami.. Dia terus hantar Bell boy utk tolong kami pindah bilik dan untuk menyerahkan kunci bilik baru..
Jadi..jom tengok sedikit gambar kami di sana..
 
 Ini pandangan depan hotel pd sebelah malam. Hotel ni terletak kat Tanjung Bunga dan yg menariknya pihak hotel menyediakan bas untuk penghuninya ke Pasar Malam terpanjang di batu Feringgi tu.
 
  Baru ja chek in. Setiap bilik  ada balkoni tersendiri..jadi dapatla lepak kat balkoni dan ambil angin laut.
 
 Sebelum check out..bergambar bersama-sama dulu..
 
 Abang sedang paksa adik tengok ibu.. tapi adik biasala..banyak benda dia nak cek.. tak sempat dah nak ambil gambar.Ni kat ruang legar dia.. bagus..ada banyak sofa disediakan.. So sementara tunggu en suami chek in .. blehla aku rehat jap.. sebab penat sangkut dalam jeam ( ceewah..macam aku yg drive pulak ..)
 
Malam Pertama di Copthrone.. dah tak larat nak kuar beli makan.. jadi..ambik room service ja.

Dah hilang letih..turun ushar kolam mandi ..dan terjumpa pulak benda-benda ni.
Apalagi..tersenyum panjang la abg Danish. Adik pun bleh tumpang juga..nasib tak ramai budak yg nak main.


 Ronda-ronda kawasan hotel.. kat luar banyak lampu dan hiasan utk krismas.
 
Ok.. masa untuk berendam..
 
Laut yg luas.. Pemandangan dari bilik kami 1212
 
Nanti aku update perihal di Bukit Bendera pula.. bye.
 

1 comment:

Nufnang