Tuesday, November 27, 2012

Kisah Remote Control

 
Peristiwa yang membuatkan aku ketawa dan sedikit rasa malu..alkisahnya begini ya wahai sahabat -sahabat.. harap korang yang baca ni boleh mengawal tahap senyum dan sengeh panjang tu key..
 
Sekitar jam 11.00 pg tadi bertempat di pejabat aku.
 
Tut..tut..tut..tut.. ( phone tmpt aku berbunyi, tak sempat deringan ke-3 aku dah jawab tau )
 
Cik H  : Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Mela
 
Aku     : Ya , saya bercakap. Ada apa Cik ?
 
Cik H  : Saya  H , dari Syarikat BR.. nak maklumkan pada puan , kami telah menerima UPS yang rosak tu . Tetapi saya ada sedikit kemuskilan.
 
 Aku    : Kenapa Cik, ada masalah ka dengan UPS tu ?
 
Cik H  : UPS tu tak bermasalah, tetapi saya pelik, kenapa Puan mengirimkan Remote TV kepada kami?
 
Aku   : Haaaaa !!!! ( terbeliak biji mata aku, posisi aku duduk pun turut berubah )
 
 
Cik H  : Betul Puan, Remote tv jenama Panasonic. Saya tak faham, kenapa puan kirimkan benda ni sekali.
 
Aku   : ( Aku dah mula gelak..dan sedikit malu ) OOO.. sebenarnya saya tak kirimkan remote tu..saya cuma serahkan UPS je kepada kurier, dan UPS tu belum berbungkus semasa diserahkan. Saya rasa kurier tu yang terambil sebab remote tu memang ada kat atas meja penyambut tetamu semasa proses penyerahan barang dibuat.Saya rasa dia terlebih ambil la..
 
Cik H : Oh..kalau macam tu ok la..kami cuma hairan apa yang patut kami buat.dengan remote ni..nanti saya akan pos kembali remote ni apabila UPS telah siap dibaiki.. hehehehe.. ( Cik H pun sebenarnya sedang menahan tawa semasa bercakap dengan aku )
 
Aku   : Terima kasih ya cik ( dalam hati aku malu gila..bukan salah aku ..). Maafla sebab dah buat cik konfiuse.
 
Cik  H  : Ok hal kecik ja..terima kasih ya puan.
 
Aku     : Sama- sama.. ( hahahaha... aku tak ngaku key..aku tak pos benda tu )
 
Selepas habis ja berbual ngn cik H..aku lagila tak boleh tahan gelak.. Patutla kat dalam ofice aku ni riuh mencari Remote TV..dan sebenarnya remote tu dah berjalan-jalan ke putrajaya. Oh remote..duduk bebaik kat sana ya. Terima kasih la buat Syarikat BR kerana sudi pos kembali remote tu.. Kami akan sabar menanti.
Ada sahabat aku lam ofice ni minta aku call Cik H sebab nak minta dia tolong tukarkan chanel TV kami nih.. kekekekek...sure Syarikat BR gempak menerima remote TV dari Pejabat yang jauh di Perlis... Waaa.... makcik malu...hahahahahha...
 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...