Thursday, November 29, 2012

AKU BERCERITA - RAM

Buku yang aku tunggu akannn.. keluar.. Horaayyyyy...Horayyy..!!! ( buat adik aku yg berangan nak pinjam.. bayar deposit dulu key .. kakakakakkak )
Tak nak cakap panjang.. aku rasa kerusi ni semakin panas..
kalau boleh aku nak buku ni berada di dalam genggaman aku sekarang jugak
Akan aku saluti dengan plastik buku yang paling jernih dan paling berkilat.
dan
 Cover kali ni memang lain dari yang lain..
 

Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2

Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu RAMLEE AWANG MURSHID! Bakal terbit Januari 2013, nantikan! =)

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
 
Info ni aku dapat dari  KELAB RAM. bESTNYEEERRRRRR...
 

 

4 comments:

kacik said...

pinjam!!!!!!~ ^^ - kacik yg kiut!

mela said...

berangan la dulu...buku pun tak kuar lagi..hahahha..

mama_saly said...

owh suka baca novel ya..:)

salam kenal.follow sini 42

puteri dira said...

those yg berminat nak beli bku ake bercerita , sy ad jual... diskaun 10 %... boleh hubungi 017 782 0844 =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...