Tuesday, July 31, 2012

Mari membaca - Bersama Firas

 Saya suka membaca.. tak kisahla apa jenis buku pun.

 Buku yang paling saya suka adalah buku yang ada gambar kereta.
Kalau ada gambar macam  kereta abah, kereta wan, kereta mak, kereta onjang, kereta alang
kereta ongah, dan kereta sesapa yg saya kenal.. lagi saya suka..
Saya pasti akan sebut kuat-kuat..sehingga ibu , abah dan abang akan mencantumkan kening mereka kerana cuba memahami apa yg saya sebut.
hahahahahahhaha...  
 Tapi kadang-kadang.. ibu , abah dan abang tak faham apa yg saya sebut.
Saya cakap benda lain.. lain pula diorang faham..
Kesian... saya pernah minta air dari ibu.. dan ibu pun bagi air utk saya minum.. tapi saya tak nak..
ibu salah faham ni.. berkali -kali saya cakap.. nak air..nak air..
sehinggalah saya terpaksa cakap dalam ayat yg lebih panjang,
"Ibu, nak air ambut !"
bila saya cakap macam tu..ibu boleh gelak panjang pula.. dan baru ibu kasi saya benda yang sebenar-benarnya ..
ibu cakap.. ini minyak rambut..bukan air rambut..
eh.. iya ka.. saya rasa air dan minyak sama ja..kalau tumpah mesti acah...
opss..terkeluar pelat pula..mesti basah.

Ha.. dan ini pula antara tempat kegemaran saya ketika membaca. Saya suka masukan kaki kat dalam tirai ni.. boleh rasa dinding kat kaki.Boleh sembunyi kaki kat sebalik tirai..
Barulah tirai ibu ni berguna.
Kekadang..bila saya dah bosan..saya akan masukan badan, kaki dan muka..semua sekali kat dalam tirai ni.. biar ibu penat cari..
hahahhaha... ok..kita jumpa lagi nanti..

1 comment:

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Nufnang