Friday, December 2, 2011

Hadiah Kawen 8 tahun lalu



Tu diaaa...dah hampir genap 8 tahun usia hadiah-hadiah ni. Hadiah - hadiah ni aku terima masa kawen dulu..tetapi..disebabkan aku ni takda rumah sendiri..semuanya masih tersimpan elok di dalam kotak. Hadiah ni suami aku sumbat kat dalam stor rumah mertua aku, dan aku memang dah hampir lupa tentang hadiah-hadiah ni..tetapi ditemui oleh mak mertua aku. Menurut kata mertua aku..masih ada satu kotak besar lagi hadiah yang belum aku cek. Seingat aku dulu..aku terima 4 biji rice cooker dan 1 biji periuk untuk menggoreng. Set pinggan mangkuk yang aku gunakan sekarang ( aku belum beli set baru..semua set hadiah perkahwinan dulu ) dan set gelas yang baru ditemui ni . Jadi ..aku masih berteka teki..apa lagi yang masih ada kat dalam kotak besar di dlm stor tu. Nanti bebila Free..kami wajib punggah tengok.. Jadi..setelah aku bilang gelas ni..hampir 60 biji ..semua masih cantik dan elok. Lepas untuk digunakan jika ada kenduri kecil-kecilan nih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...