Thursday, December 22, 2011

The King Of Torts





Raja Tort.. mula-mula aku baca tajuk..memang tak faham. Apa maksud Tort ?. Rupanya Tort adalah gelaran bagi sekumpulan Peguam yang mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang dirasakan bersalah secara berkumpulan.Manakala Raja Tort adalah gelaran bagi ahli Tort yang terkaya. Tindakan mereka ini selalunya akan membawa masalah besar kepada pihak yang disaman. Hal ini terjadi apabila pihak peguam bekumpulan menyerang, mereka akan mengenakan caj perkhidmatan yang terlalu tinggi. Manakala pihak yang menjadi mangsa pula iaitu pengguna..yang ingin mendapatkan ganti rugi bagi masalah mereka hanya akan mendapat sedikit pulangan. Raja Tort benar-benar mengenakan caj perkhidmatan yang terlalu tinggi sehingga mengundang kemarahan di pihak pihak pengguna.Namun, kerana tidak mengetahui tentang perjanjian-perjanjian yang ditandatangani, pengguna selalu tertipu.
Novel ini menceritakan kisal Clay Carter yang bermula dari seorang peguam biasa yang bekerja di jabatan guaman kerajaan telah berjaya menjadi seorang Raya Tort yang dikagumi. Perjalanannya untuk menjadi seorang raja Tort dilihat terlalu mudah. Namun disebalik itu, ada kisah yang terjadi. Pada mulanya Clay agak gusar untuk menerima kes yang dibawa oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Tetapi bayaran yang dijanjikan oleh lelaki tersebut telah mengubah pendirian Clay. Clay berjaya menjadi seorang yang amat berpengaruh, Namun ada suara-suara sumbang yang mula mengkaji perjalanan hidup clay dan menjadi semakin menyesakkan.
Pengakhiran kisah Clay agak menyayat hati. Semuanya terjadi apabila dia ingin menyaman pihak Goffman berkaitan sejenis ubat yang dikatakan mampu menyebabkan kaser kepada wanita. Namun dia telah kalah ..dan dia juga mengadapi masalah dengan kes terdahulu apabila pengguna-pengguna yang pernah menggunakan khidmat Clay menuntut gantirugi seterusnya apabila mereka merasakan wang mereka telah banyak diambil oleh Clay. Clay diistiharkan muflis, namun syukur Clay mempunyai sahabat-sahabat yang pernah bekerja di syarikatnya terdahulu sedia membantunya.  Selepas semua ini terjadi, Clay mula menyedari kesilapannya dan ketamakkannya.

1 comment:

Unknown said...

Hi saya nak tanya, puan masih ada buku ni tak?

Nufnang