Monday, December 12, 2011

The Last Juror


Juri terakhir.. bersungguh-sungguh aku membacanya. Bagaikan sebuah kisah benar sedang ditayangkan dihadapanku . Sungguh menarik dan nyata. Penulis memulakan kisah ini dari mata seorang pemilik akhbar.
Adakalanya Willie Traynor , pemilik akhbar The Ford Country Times berasa bersalah menulis kisah seorang wanita yg telah kematian suami, dirogol dan dibunuh di hadapan dua anak kecilnya. Seolah-olah dia sengaja mensensasikan kisah tersebut bagi mendapatkan keuntungan berlipat ganda dari edaran akhbarnya. Namun , di dalam hati Willie dia sebenarnya inginkan si pembunuh yang berketurunan Padgid tersebut dihukum dengan hukuman setimpal. Keluarga Padgid amat dikenali di kawasan tersebut kerana keangkuhan dan kekayaan yang mereka miliki. Kekayaan mereka bertambah dari tahun ke tahun hasil jualan balak dan dadah. Sehinggakan mereka mampu membeli sesiapa sahaja termasuk hakim dan juri. Namun keadaan menjadi sedikit sukar kepada keluarga Padgid apabila Willie telah berjaya membuka mata ramai pihak melalui penulisannya.
Namun begitu..hukuman penjara seumur hidup yg dikenakan keatas Danny Padgitt bukanlah keputusan yg dipersetujui semua org. Ini kerana Danny tetap bebas walaupun tinggal di penjara, dan dia juga diberikan bilik yg lengkap segalanya. Masalah semakin berat apabila seorang demi seorang Juri yg menghakimi kes Danny mati dibunuh. Penduduk pekan itu menjadi gempar..terutama apabila Danny pernah mengugut untuk membunuh semua Juri yg terlibat apabila dia bebas kelak.
pelbagai komflik dan peristiwa yang berlaku sehingga akhirnya Danny sendiri dibunuh oleh seorang bekas peguam yang mengalami tekanan perasaan kerana Danny sebenarnya telah membunuh teman wanitanya..Dialah si Juri terakhir yang telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Danny dengan caranya sendiri.. Kematian Danny benar-benar menenangkan hati semua pihak.

2 comments:

mella said...

wow!!!.. Cam best ja kak.... nak nak... nnt nak!!

mela said...

wuihhh..semua nak pinjam..kena letak caj ni

Nufnang