Tuesday, November 29, 2011

Aset Terbaru

Ok..minggu lepas aku dapat benda nih. Aku beli online ja..sekali angkut..3 buah terus.. Aku oder hari khamis pagi..jadi aku bayangkan minggu depan seterusnya baru aku akan dapat. Tup -tup..tengah hari jumaat aku dah dapat. Wahh...ini sudah bagus. Tak sabar rasanya aku nak habiskan semua buku - buku ni .
Jadi.. 3 hari cuti ... dapatla aku curi-curi membaca. Antara masa kesukaan aku ialah dapat membaca novel dengan aman dan tenang. Jadi.. aku akan pastikan semua kerja rumah dibereskan.. aku akan tidurkan si kecil..maka..bermulalah masa keemasan aku. Sediakan kopi kegemaran 1 mug , lepak kat tempat kesukaan aku dan mulalah membaca..amannya dunia. Masa ni suami dan anak sulung aku pun tak akan ganggu..masing-masing akan buat hal tersendiri. Untuk seketika..aku benar-benar memiliki masa emas ku. Masa lainnya, aku akan curi-curi membaca kat pejabat. Bila ada masa terluang, pasti akan aku penuhi dengan mengadap novel yg berjaya mencuri perhatian. Jom..teruskan membaca.


4 comments:

mella said...

nak pinjam !!! nak pinjam!!!~ nak pinjam!!~ yeaaay!!!~ haha

mela said...

tengok dulu kalau rasa nak bagi...

Unknown said...

Hello hi, saya nak tanya novel raja tort tu Pn ada lagi tak??

mela said...

iya.. saya masih ada buku ni.. masih tersimpan cantik..

Nufnang