Wednesday, November 23, 2011

Persediaan BanJIRR ??? ..eh..aku kurang fahammm..

Ini memang aku tak paham... kurang faham sebenarnya. Kenapa cuti kami kena beku pula ? Adehhh..tak boleh la nak amik cuti..entah sampai bila pembekuan ni akan berlanjutan. Pembekuan cuti ni disebabkan persediaan banjir..jadi..kalau banjir juga..takan nak mai ofice kut. Agak-agakla..bangunan kami ni dahla dalam kawasan banjir..asal hujan lebat..banjir..bangunan ni akan jadi pulau. Jalan disekeliling pasti dipenuhi air. Takda jalan nak masuk dan keluar dari sini..naik sampan boleh la..
Dua tiga harini hujan memang turun..cuaca pun suram ja. Tu pasal mood aku pun mendung ja..rasa cam nak ikut lagu Bruno Mars ..lazy song...lepak kat depan tv ngn anak-anak..layan karenah diorg ja. Sian Danish..asyik tanya aku bila nak cuti macam dia..
Semoga kali ini tiada banjir lagi .Kesian tengok petani..sekarang musim anak-anak padi sedang membesar..semua hijau..macam karpet. Cukup indah..kalau kena banjir..semua akan tenggelam dan petani akan menangis lagi. Tetapi ini semua kuasa Allah.. pasti ada sebab setiap sesuatu terjadi. Lindungilah kami dari segala marabahaya ya Allah..amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...