Thursday, November 17, 2011

Puding Pelangi



Puding Pelangi ni aku buat semasa majlis kat rumah haritu. Mudah dibuat dan enak rasanya ..

Bahan :


· 20gm agar bertali @ sepeket agar2 serbuk

· 6 cawan air

· gula pasir - ikut manis @ 200gram

· 1 tin susu cair

· 7 keping roti

· 1 biji telur

· 3 jenis pewarna

· 1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :


1. Roti ,susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.

2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.

3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.

4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.

5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.

6. Sejukkan sebelum dipotong.


makan sejuk-sejuk...nikmatnya. Rasa macam makan kek pun ada juga

No comments:

Nufnang