Thursday, November 24, 2011

Tentang DHIA

Ok..ini drama yang tengah fames sekarang ni. Aku pun tak terlepas mengikutinya. Kalau tak sempat tengok kat TV..aku tengok kat tonton. com . Aku bukan nak ulas kisah cerita ni..tetapi..apa yang terjadi apabila anak teruna aku yang berusia 7 tahun tengok drama ni. Soalan yang dia bagi kepada aku membuatkan aku terdiam dan tak terjawab. Ini lebih kurang dialognya.. Ketika ini drama Tentang Dhia sedang bersiaran.

DANISH : Ibu..perempuan tu jahatkan ? ( ketika ini gambar watak mellin sedang dipaparkan )

IBU : Aha..betul la. Awat Danish ?

DANISH : Dia mengandung kan ? ( merujuk kepada Mellin )

IBU : Aha, dia mengandung .

DANISH : Ibu, macam mana abah tau Danish ni anak abah ?

IBU : Iyala..dah ibu kan kawen dengan abah..tentula Danish anak abah . ( aikk..pelik )

DANISH : Tapi Ibu..perempuan tu ( mellin ).. dia kawen dengan orang lain..tetapi mengandung
anak orang lain , pasaipa ?

IBU : Haaaa...? ( berkerut-kerut muka aku nak bagi jawapan..tetapi..aku tak tahu..apa
jawapan yang sesuai ) .

Jadi..sebagai penyelamat keadaan, aku terus tukar topik. Soalan Danish aku biarkan tergantung tanpa jawapan. Aku tak tahu apa yang harus aku jawab. Rupanya anak ibu dah mula memahami dan memikirkan setiap kejadian dan keadaan .

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...