Monday, November 14, 2011
Terima kasih kepada dia.... yg tidak aku kenali..
Harapan aku petang jumaat lepas..apabila sampai di umah mak, kami akan disambut dengan senyuman lebar Firas..tetapi rupanya tidak. Dalam pukul 5 ptg mcm tu..mak aku dah call ke pjbt, cakap demam Firas semakain teruk. Jadi..apabila en suami sampai sekitar jam 5.30 petang..kami terus memecut pulang. Tetapi rasa lambat pula..jem kat dalam pekan Kgr tu.Rasa macam salah ambik jalan pula. Sampai di umah mak aku..sekitar jam 6.00 petang. Firas kelihatan letih kat atas pangkuan mak .. Bila rasa badannya..memang amat panas. Mak nak kami terus bawa dia ke klinik.. Kami pun tak cakap pjg..aku & Haffiz terus ambil Firas dan ambil apa yg patut untuk di bawa. Kat dalam kereta..dia lali ja..merengek apabila aku mengubah kedudukannya..Puas juga kami berfikir..nak bawa ke klinik mana petang-petang macam tu. Kebanyakan klinik tutup jam 7 mlm. Klinik kat Spg 4 pun dah tutup..jadi kami buat keputusan nak cari sekitar kangar..Klinik yg biasa Firas pi pun dah tutup. Aku terfikir..kalau semua tutup..aku sedia nak bawa Firas ke Hospital Kgr. Alhamdulillah..sebuah klinik masih dibuka..klinik Tan & Lee kat dlm pekan Kgr. Masa operasinya dari jam 5.00 ptg sehingga 9.00 mlm. Kami mendapat giliran yg ke 6/7. Dalam tempoh masa tu..Firas memang merengek..aku pun tak tahu nak pujuk macam mana. Seolah - olah semua bahagian badannya sakit. Pegang sikit pun nagis..
Aku asyik mengira org yg keluar masuk ke bilik doktor..apabila sampai giliran pesakit yg keenam, mungkin..dia masuk kejap dan terus keluar..rupanya dia bagitahu nak benarkan kami masuk dulu. Dia sedia masuk selepas kami. Alhamdulillah..syukur sangat..aku cuma mampu ucap terima kasih kepada wanita tersebut. Mungkin dia tak sampai hati tengok Firas macam tu.. Walaupun hanya selang seorang..tetapi..amat besar maknanya kepada kami. Semoga wanita tersebut sentiasa diberkati oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan buatnya. Hanya doa ini yg mampu aku berikan kepadanya sebagai ucapan terima kasih tidak terhingga dari kami.
Apabila doktor cek suhu badan Firas..doktor terus minta ambil ubat sumbat melauli punggung. Suhu Firas 39 darjah..terlalu panas untuk kanak-kanak sekecil dia. Suhu badan harus diturunkan dengan segera. Selepas doktor masukkan ubat melalui punggung..dia ambil tuala lembab pula..seluruh badan firas dilapnya. Masa tu..Firas memang menagis meraung-raung. Katanya ubat sumbat itu akan bertindak balas dlm masa lebih kurang 15 minit..Selepas beberapa kali dia mengelap badan Firas, kami pun keluar menunggu ubat. Dalam masa tu Firas dah diam dari nangis..aku dapat rasakan suhu badannya semakin ok.. Semasa nak ambil ubat ..kerani ubat tu cakap jgn balik lagi..doktor nak cek Firas sekali lagi. Selepas seketika..kami masuk sekali lagi..doktor dapati suhu badannya memang dah turun..Pesan doktor pada aku..lap badannya selalu..agar suhu tak naik lagi.
Hari ini ..selepas 4 hari Firas demam..dia dah sihat kembali. Tetapi ...punyala manja...kat sapa pun dia tak nak. Nak aku ja..dekat abah pun tak nak..sebab abah selalu paksa Firas minum ubat.. Semoga Firas terus sembuh..selama dia demam..umah aku dah macam tongkang pecah...kemas mana yg sempat..cuci baju pg..tengah hari baru dapat sidai kat ampaian..semuanya gara-gara Firas..kalau nak suh en suami yg sidaikan...ermm..tak payah..buat semua baju kedut sejuta ja.
Dan kepada dia yg aku tidak kenali..terima kasih banyak -banyak..semoga dia sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment