Hari pertama dilahirkan
Gambar Pada 10.11.11 - 1 tahun
Setahun telah berlalu. Kini usia Firas genap 1 tahun. Masih terbayang suasana ketika melahirkannya . Alhamdulillah..sepanjang tempoh ini , Firas seorang anak yang baik. Mudah dijaga dan diberikan kesihatan yang baik. Tetapi pagi kemarin..genap setahun usianya, tiba-tiba sahaja diserang demam. Jadi, kenalah aku mengambil cuti kecemasan. Tak sampai hati nak tinggal pula. Pagi tadi nampaknya dia semakin ok..aku harap bila aku pulang petang ni, dia akan menyambut kami seperti biasa. Dengan senyuman lebarnya dan merayu agar kami segera mendukungnya .Sekarang Firas dah semakin pandai meniru perbuatan kami.. dia tengok ja apa yg kami buat..lepastu pasti dia akan cuba meniru. Agak cekap memanjat walaupun dia belum boleh berjalan. Sedang aktif belajar meniti..terkedek-kedek cuba mengimbangkan diri dari terjatuh. Semoga adik Firas terus membesar dengan baik , menjadik anak yg soleh dan adik yg terbaik buat abg Danish. Ibu sayang anak-anak ibu..
No comments:
Post a Comment