Wednesday, November 9, 2011
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..sabtu lepas, majlis ringkas kat umah aku berlangsung dengan lancar. Kami buat kecil-kecilan ja. Ayah aku sponsor ayam 10 ekor untuk dibuat gulai lemak siam ( paling laku). Dan ikan besar untuk dibuat gulai..(menu paling awal habis ) Mertua aku pula sponsor ikan gelama kering..untuk goreng..Kami sebagai tuan rumah sediakan Tulang lembu RM200.00 untuk dibuat sup dan 5KG daging tuk tambahan dalam sup tu. Menu lain adalam ulam-ulaman , sambal belacan dan kueh - mueh . Perasaan menjadi tuan rumah memang takleh nak cakap. Maklumla..pertama kali bagi kami nak handle majlis ni. Syukur sangat kami mendapat bantuan dari keluarga aku dan keluarga mertua. Mak - mak sedara aku pun banyak membantu. Kakak ipar aku pula menjadi tukang masak nasi. Majlis berlangsung sekitar jam 12.30 tengah hari..jadi apabila tetamu mula datang..aku dah mula gabra macam mana nak layan. Kena la jengah -jengah muka ke luar..dan kalau nampak yg malu-malu tu..aku ikut temankan sampai ke meja hidangan..Berkeliaran lah aku di sekitar meja makan...tegur apa yg patut dan minta tetamu tambah lagi. En suami pula sibuk clearkan meja makan dan cuci apa yg patut. Adik -adik lelaki aku & adik ipar pula semua aku ikat kontrak cuci pinggan. Manakala adik pompuan ( wani ja kot..siti & sepupu asyik jamu mata ja )...bahagian bancuh air dan lap pinggan..mak - mak sedara aku..memang melekat kat dapur..tolong apa yg patut. Semasa tetamu tengah ramai..aku dah kecut perut..alamak..cukup tak lauk ni. Sempat lagi aku risik dari mak aku yg jaga bahagian lauk nih..mak aku cakap..ok lagi..mak dah simpan untuk kecemasan. Haa..lega hati aku dengar.. Tengah hari tu juga..sedang aku layan geng ofis tetiba kami dikejutkan dengan bunyi yg agak kuat kat depan rumah...Semua tetamu terkejut dan sesetengahnya berlari ke arah jalan raya. Rupanya kemalangan sesama motor. Tetamu aku nak membelok ke rumah aku..tetapi dilanggar oleh motor lain dari arah belakang. Tetamu tu pula merangkap tok sedara aku..luka banyak juga..siap pengsan kat situ. Memang riuh jadinya. Pemandu motor satu lagu cuma cedera kecik di kaki ja..sebanya mereka tak jatuh terus. Mereka adalah pasangan kekasih yg nak menuju ke tepi pantai.. Alhamdulillah..selepas seketika.. keadaan kembali tenang..kami pun jemput pasangan kekasih yg eksiden tadi makan sekali. Kesian pula nak biar mereka menunggu kat tengah panas. motor diorg memang takleh gerak. Jadi terpaksalah si lelaki tadi menghubungi keluarganya di Pokok Sena kedah agar datang mengambil mereka... Dalam sekitar pukul 5 / 6 ptg macam tu baru keluarganya sampai.. Siap la pasangan kekasih ni dengar ceramah free dari bapak si lelaki.. Pasti keluarganya malu pada kami..jadi..dia terus ja fire kat situ. Kami yg dengar pun terasa malu. Awek pompuan tu jgn cakapla..dah nak nagis aku tengok. Rupanya pasangan kekasih ni hanya ada lesen L . kalau kami buat kes memang diorg akan kena la..dan satu lagi family dia bersyukur sebab kami tak pukul anak mereka ( Ya Allah..tak terniat di hati kami nak buat macam tu ..siap jemput makan lagi adala ). Tetamu terakhir kami pada hari itu ialah tok-tok sedara aku iaitu sekitar jam 8.30 malam. Mereka memang dah bagitahu awal nak datang lewat..sebanya mereka berpuasa. Ada yang bertanya kepada aku..mengapa mesti buat sehari sebelum Hari raya Korban..sebabnya..masa ni ja adik-adik aku dapat berkumpul semua.. Diaorg bertolak balik dari Johor dan UPM pada malam jumaat dan sampai kat perlis pada pagi sabtu..terus mereka ke rumah aku. Hari ahad pula..hari raya korban..dan pada hari isnin..wani bertolak balik ke UPM sebab hari selasa dah ada kuliah..begitu juga Hamid..bertolak balik ke kulim..kuliah mula hari selasa juga. Tinggal adik aku yg Johor ja..akan bertolak malam nih. Sebab ke dua..majlis ni juga adalah majlis kesyukuran untuk Ayah , Mawi dan Firas bersempena hari lahir mereka.. Jadi..tuan birthday mestilah kena ada bersama..baru best. Apapun..aku bersyukur sesangat di atas bantuan semua dan kehadiran sedara mara beserta sahabat. Insyaallah..ada rezeki..boleh buat lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
siap sudah rumah hang yer... bolehler kami p serbu...
Akhirnya..penantian aku berakhir juga. Ok..nanti kalau balik kg jgn lupa serbu tau..
Post a Comment