Wednesday, April 6, 2011

bAnjIr... OOo...BanJIr oooOO

Kesian...habis umah diorang..ada yg lagi terukk..anjung keli dah tenggelam..dapat la peluang ikan keli berenang kembali
Institut latihan memandu IKMP..dah mula dinaiki air ILP pun jadik mangsa..
hari kedua banjirr..


Dugaan untuk orang Perlis datang lagi...dalam tempoh lebih kurang 4 bulan..banjir kembali menjenguk kami.Kali terakhir banjir menyerang adalah pada bulan 11/2010 (masa aku kalut hitung hari nak bersalin) kali nih..pada bulan mac pula dia datang lagi. Tetapi banjir kali ini tidak seteruk bulan Nov lepas..namun ramai juga yang terjejas.

Dalam tak best tu..sebenarnya ada juga yg best..terutamanya bila Ofice terpaksa ditutup.Pada hari pertama banjir..kami datang ke pejabat seperti biasa..tetapi hujan dah mula turun..cuma atas jalan takda lagi air yg bergenang.Keadaan masih macam biasa..dalam sibuk-sibuk kami bekerja..tetiba ja geng ofis aku dah mula bising bahawa air dah mula naik di depan pejabat kami. Keadaan masa tuu..agak kalut bagi mereka-mereka yg tinggal di kawasan banjir.Bos terus bagi pelepasan kepada kakitangan yg rumah mereka berada di kwsn banjir. Maka tinggal la kami yg dijamin rumahnya takan dinaiki banjir ( jika banjir tak teruk la..) Maka..kami pun try la buat keja macam biasa..tapi tak boleh la..khabar bahawa pintu air di Timah Tasoh telah dibuka sebanyak 6 pintu membuatkan kami juga tak senang duduk.Maklumla...kalau air terus naik..alamatnya kami terperangkap kat dalam bangunan ni la..Dalam pukul 12 macam tu..hanya tinggal kami beberapa org ja..air..semakin tinggi maa..last-last bos kasi kami semua balik.

Aku terus call en suami..fuhh..penat cik suami nak sampai sini..banyak jalan yg telah dinaiki air..dan jem pula kat dalam pekan kangar tu.

gambar kat atas tu..aku ambil semasa hari kedua banjir..ketika aku cuba untuk memasuki ofice..tetapi tak buleh jugaa..hari ketiga pun aku masih datang juga..tapi..tetap tak boleh masuk.Jadi..kesimpulanya..kami bercuti bencana selama 3 hari..sambung lagi sabtu dan ahad..5 hari duk umah..tu yg best tu..tetapi bg yg terlibat banjir..memangtak best langsung walaupun dapat cuti 10 hari.Siann diorang..

7 comments:

Ameh Wahab said...

fuyoo..bestnye cuti lelame..
pastu mesti keje melambak² kn...huhuhuhu...

mela said...

hahahah..nasib utk org bercuti macam tula.mai keja semua nak kena buat..padan muka kami.

Ibu Ayra said...

alhamdulillah taman hijrah tak kena banjir kali nih...

mela said...

aha..kak ros,kalau kena taman hijrah..lagi beribu yg kena pindah.moga lepas ni takda banjir camni.

mella said...

sib bek umah kt x banjir! kekekek~~ bestla firas ibu dia mlekat lama2... hahahaha~

mela said...

kcik..kalau umah kita banjir..kak pasti perlis hampir tenggelam keseluruhan dah.mesti dasat punya...jangan la jadik camtu.

mella said...

kekekeke~ hahaha~

Nufnang