Monday, April 11, 2011

Spg Empat Perlis - Lubuk Merbau Pendang Kedah - Kulim Kedah


Seperti yang kami janjikan dengan Danish, ari sabtu lepas..kami sekeluarga bertolak ke rumah Kakak ipar ku..Along Linda. Rumah along Linda Kat kulim kedah...perjalanan dari sini lebih kurang dalam 2 jam..tapi on the way ke sana kami singgah sebentar ke rumah Liza. Liza nih sahabat lama aku semasa mula-mula bekerja dulu. Kami sama-sama mendaftar di JPPH HQ yg ketika itu terletak di Wisma Cyclecarri. Itu kisah 9 tahun yg lalu..ketika kami masih lagi bergelar dara pujaan (hahahhah..perasan sikit). Sekarang kami dah ada anak dua dah. Aku ke rumahnya pun sebab nak nengok Baby barunya. Perjalanan untuk ke Felda lubuk merbau di Pendang amat mencabar.tambahan pula kami dah lupa jalan..cuma berharap pada GPS ja ( Thanks to GPS ) Nasib ada benda nih. Alhamdulillah..Firas pun tak buat perangai semasa kat jalan yg dikelilingi oleh pokok getah & sedikit kwsn hutan yg belum diteroka.Kami bertolak dari sini jam 11 pg..sampai di umah liza hampir jam 1.00tgh..jalan agak teruk..jadi memang tak leh laju. Sampai kat umah dia..mak dia siap jamu kami makan nasi lagi..( susah-susah ja makcik nih,sedap..mcm makan lam dusun ja )




Dalam tempoh sejam lebih kat sana tu..sempatla Danish main bola sepak jap ngn Aniq..anak sulung Liza. Riuh seketika depa main kat depan rumah.Aniq punya la suka..sebab dia takda kawan nak main. Asyik paksa wan dan tok dia ja main. Bila sampai masa kami nak balik..dah nagis pula si Aniq..sedih sebab kawan yg leh dia main dah nak balik.Selepas tu..dalam pukul 2.00 ptg lebih..kami bertolak ke Kulim.Sekali lagi GPS memberi bantuan kepada kami untuk mencari jalan keluar menuju ke plaza tol terdekat. Jadi..GPS memberi jawapan kepada kami agar ke tol Kota Sarang Semut..terus naik highway. Bila dah berada di atas Highway..baru tenang hati aku.Kami dah keluar dari kawasan Pokok tinggi tadi. Kalau setakat kami bertiga, rasanya aku tak terlalu susah hatii..tetapi bila adanya si kecik bersama..aku memang risau gakla. Alhamdulillah..Semuanya berjalan lancar.Kami sampai ke rumah Along Linda sekitar jam 5.00 ptg. Danish cukup suka melihat kucing Along yang gebu-gebu sebanyak 7 ekor.Smuanya debab belaka. Kami tidur semalam di sana dan pada petang Ahad kami bertolak balik ke Perlis.Hajat nak shoping terpaksa dibatalkan apabila en Abah demam..Firas pun dah ada tanda-tanda nak demam..badan suam-suam ja. Jadi terpaksa la memujuk Danish agar lain kali kami akan kuar shoping lain.Kesian kat abah dan adik yg tak sihat.Nasib danish boleh bertolak ansur. Penat juga kalau buat perjalanan dalam tempoh singkat ni dengan membawa anak kecik.Tapi..hati Happy sebab leh jenjalan...


3 comments:

mella said...

bestnyaaaa~ hahaha

mela said...

bestt..sampai tidur menungin-nungin si danish tu

mamasyipah said...

Assalamualaikum...mama pun org F.Lubuk Merbau jga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...