Friday, April 8, 2011

Yarkk....Lipasss !!! PacaTTTT !!!



Al kisahnya..petang kemarin sedang aku lepak bersama adik-adik kat belakang umah mak aku..tetiba ja terasa cam ada sesuatu merayap kat celah-celah jari kaki aku yang tak berapa nak cun nih. Aku pun ushar-usahar..apa menatang yang merayap kat situ..sekali pandang nampak warna hitam-hitam, dua kali pandang..AlamaKKKK..PACAT ! PACAT ! dia belum mengigit..tetapi sedang mencari port yg best tuk dia landing. Time tu pula aku sedang kendong si Firas..nasibla aku tak terlepas Firas ..kalau tidak mau aku kena dengar ceramah percuma dari abah Firas. Dalam keadaan kalut-kalut aku menjerit tu..adik-adik aku dan sepupu sepapat aku yg berada di situ semuanya bertempiaran lari..bukannya nak datang tolong aku.Diorang lari sambil mengangkat kain dan seluar memasing..nak tengok betis kalau dah ada yg kena kiss oleh si pacat. Nasibla my dady ada kat situ..dia la yang datang tolong buang pacat tu..Fuhh..kecut perut seketika. Tetapi lepas tu..aku masuk umah..buat second check. Hampes punya pacat..menggangu petang aku.

Malamnya pula...sesudah aku bersiap sedia nak tidur...letak ja kepala kat bantal...aku ternampak sesuatu di dinding umah. dalam samar-samar cahaya lampu tidur..aku memang amat pasti..itu adalah serangga yang paling aku benci. Aku tak suka kepada si lipas.tak suka bukan bermakna aku takut..cuma aku tak suka . Lipas tu suka sangat terbang macam lipas gila. Dia akan hinggap sesuka hati ja.Tu pasal aku tak suka Lipas. Baunya pun..eee..memang tak suka. Dan lipas pula tak comel macam anak hamster atau anak tikus. Aku lebih rela memegang anak hamster yg baru dilahirkan tu dari memegang lipas. Apabila nampak ja lipas tu kat dinding..otak aku dah jem seketika.Aku tak tahu apa patut aku buat. yg terbayang kat kepala otak aku ni..dia akan terbang dan hinggap di kepala aku. Yang aku boleh buat waktu tu ialah..buka pintu bilik dan panggil En haffiz suh dia masuk tangkap benda tu . Bila aku suruh dia tangkap..boleh pula dia senyum-senyum dan gelak-gelak.Suh aku tangkap sendiri..katanya benda kecik pun takut..takla..aku bukan takut..cuma aku tak suka jaa..tak suka..bukan takut !!Puas minta tolong..baru la nak tolong..itu pun nak acah-acah aku. Hisshhh...geram sungguh aku. Lepas acara menangkap lipas selesai..aku cuba tidur kembali..tapi tak boleh..asal pejam mata..aku mesti buka mata balik..sebab aku rasa ada lagi lipas kat dinding tu.Lipas tu memang hampehh..lagi hampeh dari si pacat.

2 comments:

mella said...

kekeke~~ mmg hari yg x brapa baik utk kakakku!~ hahah~

mela said...

hee..memang malang betoi.sakit jiwa raga akak tauu..trauma..traumaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...