Sudah hampir sebulan..kami merindukannya.Kekadang aku terkenangkannya.Jadi..untuk menghapuskan rindu yg bertandang di sudut hati, kami sanggup melalui jalan yg sesak hanya untuk melihat kelibatnya.Tetapi petang semalam..dia dah tiada di situ..entahla kemana dia di bawa pergi.Semoga dia memperolehi tuan yang juga menyayanginya sepenuh hati.
Usianya hampir 5 tahun..maknanya dia telah bersama kami dengan memberi baktinya yang terbaik.Dahulu warna bajunya adalah hitam ..tetapi dek kerana kasihnya suami aku pada dia segalanya telah bertukar.Dia di beri warna baru..Light Purpel..siap bersama skirtnya..dia dihias dengan sepenuh kasih sayang.Harganya melebihi set barang kemas yang aku inginkan.Fuh..kekadang aku cemburu juga padanya.Dia bagaikan awek buat suami ku..dan aku ni..ibarat isteri tua pula.heemmm...jeles...jeles.Tetapi bersamanya juga aku merasa nikmat sesat dijalan..dan detik ketika aku menumpahkan jagung manis atas kusyen empuknya...sehingga berjaya mendengar ceramah percuma dari suami ku.
Kini ..setelah dia tiada..baru aku menyedarinya.bahawasanya..aku juga terlalu menyayanginya.Terasa sedih untuk membiarkan dia menjadi milik orang lain.Semoga dia juga dimiliki oleh sesorang yang mengasihinya.Setiap petang..bila aku melihatnya..terasa seolah dia memanggil aku kembali padanya.Ohh..terasa sedih dan pedihnya.
Pasti kengkawan aku juga pernah merasakannya.Mungkin apabila kami mendapat penggantinya..perasaan ini akan hilang dengan sendirinya.Adios..semoga kita berjumpa lagi.
4 comments:
uiks, cik ungu tu dah dipindah milik ka? dah ada pengganti? sapa nama pengganti baru?
aha..cik ungu dah di jual..pengganti belum sampai lagi..nanti dah sampai baru berani cakap.
wah..ada org beli kereta barulaaaaa...bestnyaa nie mesti sebab org baru nak kuaq nie
hahahahah...tahla ceedah.hang kena tanya Haffiz.Memang la ada lam perancangan nak tukar tapi aku pun tak sangka secepat ni.Alhamdulillah..ada rezeki lebih sikit.
Post a Comment