Thursday, June 16, 2011

Cheese Tart ...


Sarapan pagi yang cukup berkrim dan mengiurkan. Fuhh...sudah jadi minah saleh celup la pulak. Aku rasa mat saleh pun tak makan cheese tart pepagi buta nih. Tapi aku dah tak tahan..lepas ja asu ija hantar awal pagi tadi benda ni ke ofis aku..mata aku tak lepas dari memandang box ni. Terus aku buka...wahhh...menarik. Aku ambil perisa kiwi,oreo,strawberi,bluberi,oreo dan oren. Fuh..semua ada. Jadi..masakan aku dapat menahan diri dari menyentuh dan memasukan tart tu ke dalam mulut . Bila dah letak ja atas lidah..terasa cheesenya...ermmm...buatkan aku tak boleh berhenti dari terus menyuapkannya ke mulut. Kengkawan..kalau nak oder..bleh masuk blognya tu , klik kat atas nama dia ok.So..jom layan cheese...

Wednesday, June 15, 2011

Pampers Percuma..








Alhamdulillah..petang kemarin balik dari kerja Firas dapat lagi pampers percuma. Semasa mengandungkan Firas dulu..aku suka isi borang untuk dapatkan Pampers free ni..macam-macam jenama aku isi.Borang tu aku selalu dpt dlm majalah PA & MA ,surat khabar dan secara online. Aku suka-suka ja isi.. Lagipun tak perlu kuarkan modal ( cuma setem 30sen )..dan dalam hati aku tak berharap sangat untuk dapatkan pampers free tu. Dah tu , semasa aku bersalin kat PMC.. aku dapat red box dan antara isi dalamnya adalah form tuk pampers percuma lagi .Jadi..memang semua tu aku isi. Sehingga harini..umur Firas dah 7 bulan..aku still dapat ..dan sebagai balasan..aku cuma perlu isi borang maklum balas yang disertakan. Bila dah isi..dan pos..nanti aku akan terus dapat yg seterusnya. Walaupun bilangan yng dihantar cuma 4/6 keping..tapi aku tetap suka. Boleh try memacam jenis. Sampai harini aku dah pernah dapat jenama Huggies, Pet Pet, Pampers dan Mamy Poko. Jadi kengkawan..jom kita isi lagi..kalau ada rezeki...insyaallah dapat..cuma lambat sikit ja.Untuk terus dapat lagi..isi jer maklumbalas yang diorang bagi.

Syukur juga..rezeki Firas sentiasa ada. Walaupun umur dia dah 7 bulan..masih ada kengkawan aku yang poskan hadiah tuk Firas. Semasa baru lahir haritu diorang tak sempat hantar...jadi Firas dapat hadiah tertundala. Terima kasih pada semua yang telah memberi. Aku nak letak gambar hadiah rasa tak adil pula..sebab ada yg terdahulu ada yg aku tak sempat ambil gambar pun..Danish dah tak sabar nak buka. Moga kalian juga dimurahkan rezeki...amin..

Tuesday, June 14, 2011

Dari Penjara Taliban.....



Buku untuk minggu ini. Jeng..jeng jeng..kopak lagi duit aku. Tapi yang bestnya tadi aku dapat less.. harga sebenar buku ni RM26.00 pastu masa nak bayar, ringan ja mulut aku bertanya " ada less tak ? " ( sebenarnya takda iklan pun kata ada less , tapi asal nak bayar aku akan tanya walau dimana pun kedai buku) heheheh..maka..pakcik tu dengan riak muka yang tak dapat dibaca isi hatinya..mengambil kalkulator lalu mengira-ngira (lama juga dia kira ).." ok....RM 21.00 " heheheheh..aku suka..aku suka.. Jadi dapatla pengurangan RM5.00. Walaupun hanya RM5.00 dikurangkan..namun ianya lepas tuk aku makan tengah hari tau.

OK..kembali kepada buku ini..Tajuk penuhnya DARI PENJARA TAILBAN MENUJU IMAN..ianya mengisahkan Yvonne Ridley yang pernah ditahan di penjara Taliban selama 10 hari. Buku ini memaparkan pengalaman Yvonne menjadi tahanan Taliban yg digembar-gemburkan sebagai rejim yg paling sadis. Peristiwa dia di layan dengan baik sekali oleh Taliban telah membuka pintu hatinya untuk mengenali Islam yang sebenarnya.

Apabila Yvonne dibebaskan, beliau telah menggegarkan dunia dengan memeluk islam dan berjuang untuk menegakkan agama Allah. Kalau nak tau kisah sebenar yang terjadi,,jgn segan-segan pi kedai buku key. Pastu masa nak bayar jgn lupa tanya..ada less tak? hehehe..ok..seperti biasa..aku akan balik dan balut buku ini..agar sentiasa cantik dan berseri. Lupa nak cakap..Kertas yg digunakan dalam buku ini cukup cantik..siap ada gambar sekali..tupasal agak mahal, tapi berbaloi-baloiii..



Thursday, June 9, 2011

kEraNA Nora ELeNa

Ini peristiwa sedih di petang yang hening. Dikala aku diganggu emosi ketika Eid kembali menjenguk Elena..sian Eid..tapi tula...terlajak perahu boleh diundur..terlajak cakap dan perbuatan...sendiri mau tanggung la... Lepas tu..sebab aku dah terlampau kushuk menatap paparan TV tu..aku dah berjaya membuat semua botol susu Firas lebur. Aku terlupala..aku sedang rebus botol susu dia. Alamak...hancus semuanya..
Sepatutnya..semua botol susu tu aku dah tukar..dah 6 bulan pun aku gunakan. Tetapi..aku belum sempat gi beli yang baru. Jadi..disebabkan kejadian petang kemarin..automatik sudah menjadi wajib bagi aku membeli botol yang lain. sebelum ni..kebanyakan botol tu aku beli secara online yg jenis BPA Free .Aku beli sekali ngn set penyusuan susu ibu. Dalam hati..aku ingin mencari botol kaca..tetapi kat perlis ni susah sikit mau jumpa. Walaupun Botol tu diiktiraf sebagai BPA Free..tetapi sebenarnya masih ada kesan juga pada bayi yang menyusu.
Jadi..sebelum aku membeli botol yang baru...aku nak cari botol kaca..botol kaca..dan botol kaca. Ada yg cakap kat anakku pun ada..tapi botol kecil..kat alor star mall ada brand fifi...kalau brand nuk ianya pyrex..susah sikit nak pecah..tapi...takda la pula kat sini. Sejenis lagi botol yang dikatakan selamat..tanpa BPA adalah jenis stainless steel.Tapi yang ni harganya lebih mahal.. Okla..sekarang dunia hanya dihujung jari..aku nak search kat tenet dulu. So tata...

Tuesday, May 31, 2011

Mr Habis

Ini adalah sebahagian resit-resit yg terkepil di dalam beg duit En. Habis
Apek dah bagi nama baru kepada En Haffiz..hahahaha....

Nice name en habis..

Hahahahahha...pepagi lagi buat aku gelak besar kat dalam kereta tadi. Sebenarnya pagi tadi aku pow duit en suami sikit..jadi..dia pun menyerahkan purse dia pada aku. Dan aku pula..apabila org dah kasi duit..pepandaila amik ati kan....Maka..aku pun akan menyusun duit-duit dan segala mak nenek slip bank atau slip bayaran kat dalam beg duit dia tu. Selalunya benda ni akan jadik sebulan sekali atau dua kali la...jadi masa nilah aku gunakan nak cek apa benda yg ada kat dalam beg duit dia. Selalunya yang aku jumpa adalah slip bank ..resit shoping.. dan kalau dia ada beli barang keta pun..masa inilah akan bocor segalanya..
Tetapi pagi tadi..sungguh aku tak sangka..aku jumpa resit pembelian simen..ni kes buat umah la..dan yg membuatkan aku tergelak besar..nama yg tertera adalah M/S Habis...adoii..apek sulah salah dengar loo... Yang paling best..laki aku sendiri tak pernah perasan bahawa apek tu dah tulis nama dia sebagai Habis..hahahaha..tau tau ja apek tu kata poket laki aku dah habis kena kikis dek buat umah. Jadi En Habis...jgn habiskan semua gaji key..simpan sedikit utk puan Habis. Hahahahhahaha..pandai apek buat lawak.

Thursday, May 26, 2011

TUNNELS & DEEPER & FREEFALL & CLOSER



Jeng..jeng..jeng...aku dah jumpa kegilaan baru. Aku dah jatuh hati pada novel bersiri Tunnels la pulak.. Kalau korang minat membaca Harry Potter..pasti Tunnels dapat mengubat kelukaan setelah semua buku Harry sudah habis di baca.


Sekarang aku sedang habiskan membaca Novel keduanya..Deeper..kisah Tunnels ni lebih kepada pengembaraan Will Burrows untuk mencari ayah angkatnya. Sehinggalah pencariannya membawa dia bertemu terowong -terowong rahsia di bawah tanah. Penemuan-demi penemuan telah menyebabkan Will dan sahabat baiknya menempuh bahaya besar. Terdapat sekumpulan manusia yg telah mendiami di dalam terowong bawah tanah tersebut dengan tujuan memusnahkan penduduk muka bumi.

Untuk pengetahuan korang..Novel pertamanya Tunnels sedang dalam proses perfileman. Maknanya tak lama lagi akan keluarlah filem Tunnels. Ok..aku tak punya masa yg panjang nak cerita kat sini..banyak kes yg sedang menunggu untuk aku siapkan dan serahkan kepada pegawai berkaitan. Kesian sahabat aku sedang bergelumang dengan fail-fail yg bersepah kat atas mejanya. Sabar ya cik rina..nanti akak datang.





Nufnang