Monday, February 27, 2012

Happy Besday Untuk Ibu

Ciannya budak kecik tu..
Abah menguasai 3 kerusi ...
Ok.. semua Firas nak buat sendiri

Ok... tak nak cakap banyak..umur dah bertambah..tetiba rasa..waaaa..aku dah semakin tua la...
Aku lahir tahun 1981  ( bebudak yg lahir tahun 90an akan anggap aku dah tua sesangat ) maknanya pada tahun 2020, umur aku hampir 40 tahun. Alaaa...muda lagi..( heheheh...aku tak tahu time tu bagaimana ropa aku dan en suami ).
Aku masuk darjah 1 ketika tahun 1988 .. masa ni aku pi sekolah pakai skirt lagi. Bebudak skrg dah tak pakai skirt..semua berbaju kurung. Semasa masuk darjah 5 ..baru aku belajar pakai baju kurung. Dahtu semasa time rehat..sibuk ja main tali getah tu (zeropoint ) biji tujuh ( batu seremban kan ) pencuri & Penyamun..( bestnya ).
 Hehheh.. suka tengok gambar lama..memang budak hingusan gila.
Tahun 1993 aku mula menempuh alam remaja. Tapi time nih aku masih tetap keanak-anakkan. Pakai tudung pun ikut suka kepala aku ja.. senget berbagai arah.. Pertama kali ke sekolah menengah rasa best nya... dah rasa macam org dewasa pula.. Aku dapat duduk kelas No 2 sebab UPSR cuma dapat
1 A 2B 1C. Tapi aku tak kisah sangat pun dapat duduk kelas mana.. yang pasti kawan baik aku tetap sekelas ngn aku. Masa tingkatan 1 juga aku mula masuk Kelab Tunas Harapan Memanah Sek.Men Keb . Syed Saffi.. ( rindunya pd sekolah ..)
Ketika tingkatan 3 , tahun 1996 aku berjaya mewakili Perlis dalam pertandingan memanah. Masih aku ingat..tahun tu SUKMA di Pahang. Kat sana kami ditempatkan di Sek. Menengah Alor Akar ( kalau aku tak silap la ) dekat ngn Teluk Chempedak Pahang..kami pi pantai jalan kaki ka..bestnya. Masani rasanya dunia aku yg punya..hahahahha.. Disebabkan aktif..aku memang ramai kawan. Time nih takda Pakwe yg seriuse lagi.semuanya suka-suka saja.. ( cuma admire kat seseorg ja .. heheh ..)
Alhamdulillah..walaupun aku aktif memanah.. keputusan PMR aku tak mengecewakan.. dan tahun tu juga aku terpilih sebagai pelajar contoh  menengah rendah.. ( macam nak pengsan ja semasa berdiri kat atas stage nak tunggu cikgu baca profile tu ).
Semasa tingkatan 4 aku masih aktif memanah..dan untuk memudahknnya..aku tinggal di asrama sekolah. Sesungguhnya zaman persekolahan adalah zaman yg paling mengembirakan. Aku punya sahabat- sahabat yg cukup best..dan semuanya sentiasa mendorong sesama sendiri untuk menjadi yg lebih baik. Syukur Allah temukan aku dengan mereka semua. Semasa ni juga aku diberi peluang untuk ke Sekolah Menengah Bukit Jalil, tetapi..hatiku hanya untuk Syed Saffi. Dan pada tahun ini juga aku akhirnya dilamar untuk menjadi kekasih hati sidia yg aku pendamkan perasaan selama ini. Wah.. duniaku makin berseri dan berbunga indah. Sekali lagi pada tahun ini aku tepilih sebagai pelajar contoh. Syukur.. di atas nikmat yg Allah kurniakan. Melihat senyuman kedua ibu bapa ku adalah nikmat yg tidak terhingga.  
Tingkatan 5 adalah tahun yg mencabar. SPM 1998 akan ku tempuhi.. Namun begitu, aku masih sempat mewakili Perlis dalam SUKMA seterusnya di Selangor. Bergelut dengan buku ..dengan sukan..membuatkan masa aku sentiasa penuh. Dan sebenarnya..kekasih hati aku juga berada di dalam kumpulan memanah yg sama. Jadi..kalau semasa pertandingan mood kami baik..insyaallah score kami pasti ok..tetapi kalau kami ada perselisiham faham..hemmm...lingkupla score. Ni yg bahaya kalau bercinta satu team nih. Coach pun naik pening.
Seperti di duga keputusan SPM aku kurang memberangsangkan. Aku sedar..aku banyak bermain..dan kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran. Tetapi syukur..aku berjaya juga masuk ke Politeknik.
Di POLIMAS, aku bertemu dengan kawan-kawan baru.Tetapi..pakwe aku..tetap sidia yg satu ( walaupun berkali-kali aku putuskan hubungan. hahahha...)
Habis Politeknik, aku sambung lagi belajar di KL, tetapi Allah berikan aku rezeki yg lain, aku ditawarkan bekerja.
Maka pada 14/09/2002 aku mendaftar diri utk berkhidmat dgn kerajaan. Pada 08/12/2003 aku dan kekasih hati aku yg satu , telah diijab kabulkan.. alhamdulillah.. Rezeki Allah tidak pernah putus, pada 09/09/2004 kami dikurniakan putera yang pertama.Setelah sekian lama menunggu.. pada 10/11/2010 kami dikurniakan pula putera yg kedua..
Syukur, kini usia perkahwinan kami hampir mencapai usia 9 tahun. Pelbagai suka dan duka kami lalui bersama. Dan sebenarnya aku telah menghabiskan usia aku selama 15 tahun bersama kekasih hati ku ini.. dia melamar aku untuk dijadikan kekasih hatinya pada 22/02/1997 ketika birthday aku yg ke 16 tahun.
Semoga aku diberi peluang oleh Allah untuk menyambut kelahiran yg seterusnya. Buat kawa-kawan , ku pohon kemaafan andai ada tersalah dan tersilap selama kita menjalani persahabatan ini.
Semoga kita semua sentiasa berusaha menjadi yg lebih baik sebagai umat Muhammad dan sebagai isteri / suami / ibu/ bapa kepada pasangan serta anak-anak. Insyaallah...



3 comments:

CheedAh said...

Happy besday akka

bbreena81 said...

happy birthday mela...dah 3 series..

mela said...

Cheedah.. tq..
bb ...tq..

Nufnang