Friday, February 10, 2012
Bahasa-bahasa pertama Firas
10/02/2012 genap la umur Firas 1 tahun 3 Bulan. Sekarang Firas dah boleh jalan..dah cekap juga memanjat..dan dah berkali-kali juga dia dah tergolek. sekarang dah boleh menggunakan beberapa patah perkataan. Antara perkataan - perkataan pertamanya adalah seperti berikut :
Abah = Abah ( perkataan yg paling lancar dan jelas )
Abu = Ibu ( akan dipanggil ketika sedang menangis )
Apeh = Api ( Skrg musim membakar jerami, jadi banyak apeh di sawah )
Aweng = Abang ( kekadang ja panggilan ni akan digunakan )
Beabea = Kucing atau makhluk macam kucing dan utk semua jenis anak patung.
Mong..mong... ( dibunyikan dgn dengungan ) = Mesin padi
Behh = Bas
Bihh.. = Habis
Mung = Bulan
Nyumnyum = Makan
Geleng kepala = Tak mahu
Angguk kepala = ok, nak juga
Memusing-musing kedua-dua pergelangan tangan = habis atau tiada
Dah tak ingat..apa lagi..Tapi ini adalah reaksi yang selalu dia guna. Sekarang Firas dah mula faham arahan - arahan ringkas. Firas memang budak yg mudah di jaga dan agak nakal sikit. Semoga Firas membesar dgn baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment