Mangamuk apabila aku ambil lipstik
Bila di tanya apa yg dia buat.. jwpnnya.. nyum -nyum..dan hanguk-hanguk
ok.. tak sesuai langsungg...
Peristiwa minggu lepas. Ketika aku dalam kekalutan bersiap ke pejabat, Firas juga amat sibuk. Setiap pagi kalau dia bangun awal, memang dia akan setia menanti aku bersolek. Dicuba-cubanya setiap bahan yg ada kat dalam hand bag aku tu.Tetapi sebelum ini dia cuma tertarik pada bedak dan blusher. Dia akan menempek bedak ke mukanya dengan cara meniru apa yang aku lakukan. Untuk blusher pun sama..siap guna berus yg aku gunakan. Selalunya..berus tu akan digunakan untuk dia menyapu-nyapu di lantai rumah. Oh...tidakkk !! sebagai langkah keselamatan..aku bagi berus yg aku tak guna kepada dia.
Minggu lepas entah bagaimana dia boleh tertarik kepada lipstik pula. Aku pun tak sedar bila masa pula dia ambil lipstik tu dari hand bag aku, sedangkan time tu aku dah siap bersolek. Tiba-tiba sahaja aku lihat Firas dah berubah warna. Siap ada tompokan blusher dan liptik yg memenuhi sekitar bibir. Bukan setakat bibir sahaja..kat dalam mulut pun ada juga. Bila aku tanya apa yg dia buat..dia jawab nyum-nyum sambil hanggukkan kepala. ( sedap gamaknya kut ). Hee...Ibu tak pernah makan lipstik tau.. Firas nampak sapa yang buat ni?
Untuk aku pula.. terimalah lipstik yang berlubang sehingga ke akar umbinya.. Lipstik aku tu dah la sekadar nyawa-nyawa ikan ja..bila firas korek isinya..bukan nyawa ikan dah..memang dah out pun..dah boleh masuk bakul sampah. Nak marah anak tak boleh juga..memang salah aku..Tapi aku takla marah sangat..sebab lisptik tu memang di tahap wajib beli lain dah pun.
Dulu abg Danish jadi teman setia ibu bersolek..sekarang Firas pula.. Apapunn...pesan ibu..jangan pakai benda nih tau..hanya ibu jer boleh. Danish, Firas dan Abah..TidaK dibenarkan !
No comments:
Post a Comment