
Ok..kembali kepada menu di atas.. Spagethi ni sebenarnya adik aku si Wani yang tergedik -gedik sangat nak makan..jadi..aku pun terpikir..sedap gak..dah lama tak makan kan. Sebelum ni aku buat aku gunakan daging hancur..tapi kali ni aku cuma masukan sosej dan cendawan butang.
Bahan -bahan..
Untuk 4 org makan..
1/2 peket spagethi..bungkus kecik jaa
5 batang sosej ( dipotong ikut suka hati )
6/7 ketul cendawan butang. ( dipotong sesuka hati )
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 botol sos Prego ( bekas kecil ja )
cheese utk tabur ( aku guna cheese tuk makan ngn roti tu ja, gunakan apa yg ada )
Memula sekali..tumis bawang besar dan bawang putih tu..jgn hangit key...pastu...campak sosej dan cendawan butang..lepas tu..tuang jer sos prego tu..dan masukan air sedikit. Tunggu sehingga mendidih..aku masukan gula sedikit..sebabnya..suami aku tak suka rasa masam sos tu. Tapi jgn over letak gula pula..nanti manis pulak..tak sedap..cukupla sekadar nak kurangkan rasa masam sos. Kalau yang suka masam..leh campak tomato sket. Sementara tu..rebuskan spagethi tu sehingga lembut dan sesuai tuk di makan . Semasa rebus..masukan sedikit minyak tu keyy..setelah dihidangkan..tabur ngn cheese ja..fuh...sungguh memikat.Harum satu rumah aku dengan bau sos prego tu. Sedap dan mudah..sebenarnya..aku buat benda ni pada pagi ahad..amat mengenyangkan. Terus aku semangat nak mengemas rumah yang bersepah. Dan yang paling best..wani dapat melepaskan rasa rindu dia pada spagethi ikut cita rasa aku.