Thursday, May 19, 2011

Truffle Strawbery






Inilah Truffle Pertama aku. Berjaya juga disiapkan. Di atas adalah bahan-bahannya..tetapi..aku
terlupa nak letak kek gulung kat situ. Cara yang aku gunakan cukup simple..



Bahan A



Tepung Kastard

Telur ayam 2 biji (ambil kuningnya sahaja )

Gula... terpulang pada korang..nak manis..letak la lebih..

Air Buah dari tin buah peach tu.

Susu Cair ( letak pun ok..tak letak pun ok )


Bahan B


Agar- agar jeli ( gunalah perasa apa yg korang suka )

Air panas (ikut sukatan yg diberikan pada kotak agar-agar jeli )
2 biji Kek Gulung ( potong mengikut citarasa masing-masing )

Buah Peach ( boleh diganti dgn buat lain yg korang suka )


Cara -caranya

Campurkan tepung kastard dgn air..( sukatan air aku ikut pada paket tepung tu ja ). Masak di atas api..sambil kacau key..pastu masukan gula,telur ayam , susu cair dan air buah . kacau sehingga tepung kastard menjadi pekat dan agak berkilat. Jika korang taknak tepung tu terlalu pekat..boleh masukan air.Selepas masak..tuang di dalam acuan yang korang inginkan. Aku letak dalam tray dan bekas dadih.


Sementara itu , cairkan agar-agar jeli di dalam air panas..kacau jer.. Tetapi..sebelum korang tuang agar-agar jeli di atas tepung kastard tu..susun kek yg telah dipotong dan buah peach tu di atas tepung kastard sesuka hati korang. Setelah semua disusun..tuang jer agar-agar jeli tu di atas susunan kek dan buah peach. Sejukkan dan boleh dimakan. Dihidangkan bersama susu cair..


Fuh..akhirnya siap juga truffle yg cukup mudah dan simple untuk dibuat. Rasanya amat best.

No comments:

Nufnang