Wednesday, May 4, 2011

ISABELLA

Ah..baru petang kemarin aku habiskan RM 22.00 untuk membeli pemuas hati dan jiwa aku. Hari ini aku tergugat lagi. Aku telah berjaya menipiskan beg duit aku yg sedia nipis. RM20.90..bertukar tangan di Ground Floor bangunan Persekutuan ini. Kenapala diorang pandai sangat cari Port menjual tah. Aku memang tak boleh melihat buku-buku yang tersusun indah tu (kalau berselerak pun aku jengah jugakkk ) Apabila mata dah memandang..akal waras aku mula gelisah..di satu sudut..hati berkata...beli la..sebuah ja..tetapi...di dalam akal pula..menyuruh aku mengangguhkan dulu pembelian...buku itu pasti akan ada..jika habis..pasti akan diulang cetak. Tetapi..Nafsu aku berkata..baik aku beli sekarang...kalau lambat beli..nanti habis, lambat pula nak diulang cetak..kalau duit tak cukup..boleh ushar-ushar pada poket cik abang. Hahahahah... jadik pemenangnya adalah NAFSU AKU...Bila dah beli aku suka hatii..tapi budged akan lari..Huwaaaaaa...padan muka aku.

Isabella..adalah sebuah kisah benar seorang gadis yang mencari sinar Islam. Aku dah paste gambarnya dan rumusannya..korang baca la ya. Aku kena habiskan Sutera Bidadari terlebih dahulu..lepastu sambung Isabella...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...