Tuesday, May 31, 2011
Mr Habis
Hahahahahha...pepagi lagi buat aku gelak besar kat dalam kereta tadi. Sebenarnya pagi tadi aku pow duit en suami sikit..jadi..dia pun menyerahkan purse dia pada aku. Dan aku pula..apabila org dah kasi duit..pepandaila amik ati kan....Maka..aku pun akan menyusun duit-duit dan segala mak nenek slip bank atau slip bayaran kat dalam beg duit dia tu. Selalunya benda ni akan jadik sebulan sekali atau dua kali la...jadi masa nilah aku gunakan nak cek apa benda yg ada kat dalam beg duit dia. Selalunya yang aku jumpa adalah slip bank ..resit shoping.. dan kalau dia ada beli barang keta pun..masa inilah akan bocor segalanya..
Tetapi pagi tadi..sungguh aku tak sangka..aku jumpa resit pembelian simen..ni kes buat umah la..dan yg membuatkan aku tergelak besar..nama yg tertera adalah M/S Habis...adoii..apek sulah salah dengar loo... Yang paling best..laki aku sendiri tak pernah perasan bahawa apek tu dah tulis nama dia sebagai Habis..hahahaha..tau tau ja apek tu kata poket laki aku dah habis kena kikis dek buat umah. Jadi En Habis...jgn habiskan semua gaji key..simpan sedikit utk puan Habis. Hahahahhahaha..pandai apek buat lawak.
Thursday, May 26, 2011
TUNNELS & DEEPER & FREEFALL & CLOSER



Untuk pengetahuan korang..Novel pertamanya Tunnels sedang dalam proses perfileman. Maknanya tak lama lagi akan keluarlah filem Tunnels. Ok..aku tak punya masa yg panjang nak cerita kat sini..banyak kes yg sedang menunggu untuk aku siapkan dan serahkan kepada pegawai berkaitan. Kesian sahabat aku sedang bergelumang dengan fail-fail yg bersepah kat atas mejanya. Sabar ya cik rina..nanti akak datang.
Thursday, May 19, 2011
Truffle Strawbery


terlupa nak letak kek gulung kat situ. Cara yang aku gunakan cukup simple..
Bahan A
Tepung Kastard
Telur ayam 2 biji (ambil kuningnya sahaja )
Gula... terpulang pada korang..nak manis..letak la lebih..
Air Buah dari tin buah peach tu.
Susu Cair ( letak pun ok..tak letak pun ok )
Bahan B
Agar- agar jeli ( gunalah perasa apa yg korang suka )
Air panas (ikut sukatan yg diberikan pada kotak agar-agar jeli )
2 biji Kek Gulung ( potong mengikut citarasa masing-masing )
2 biji Kek Gulung ( potong mengikut citarasa masing-masing )
Buah Peach ( boleh diganti dgn buat lain yg korang suka )
Cara -caranya
Campurkan tepung kastard dgn air..( sukatan air aku ikut pada paket tepung tu ja ). Masak di atas api..sambil kacau key..pastu masukan gula,telur ayam , susu cair dan air buah . kacau sehingga tepung kastard menjadi pekat dan agak berkilat. Jika korang taknak tepung tu terlalu pekat..boleh masukan air.Selepas masak..tuang di dalam acuan yang korang inginkan. Aku letak dalam tray dan bekas dadih.
Sementara itu , cairkan agar-agar jeli di dalam air panas..kacau jer.. Tetapi..sebelum korang tuang agar-agar jeli di atas tepung kastard tu..susun kek yg telah dipotong dan buah peach tu di atas tepung kastard sesuka hati korang. Setelah semua disusun..tuang jer agar-agar jeli tu di atas susunan kek dan buah peach. Sejukkan dan boleh dimakan. Dihidangkan bersama susu cair..
Fuh..akhirnya siap juga truffle yg cukup mudah dan simple untuk dibuat. Rasanya amat best.
Monday, May 16, 2011
Kek Terbanyak - Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis



Esok 17 Mei 2011 merupakan hari kelahiran Raja Perlis. Bersempena dengan itu salah satu keraian yg diadakan adalah menyediakan kek terpanjang. Kek-kek tersebut disediakan oleh jabatan - jabatan kerajaan dan dikumpulkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis. Seperti biasa..kami dari JPPH Perlis menyerahkan hal membuat kek ni kepada Otai kat sini. Iaitu kak milah..maka..inilah hasilnya..2 bijik kek fondant.. Amat cantik..dan kemas.
So..esok..hari selasa dan rabu kami akan bercuti. Kengkawan jangan jeles keyy...
Monday, May 9, 2011
Google Translate
Wow...aku baru terjumpa benda nih..best-best. Korang perasan tak kat sebelah kanan page aku ni..atas sekali tu... ada google translate... Best tau....kalau ada sesapa yg tersesat kat blog aku nih..dan tak dapat nak fahami celoteh aku ni..bleh la klik apa bahasa yg korang nak.. Benda nih pun aku terjumpa masa aku ronda-ronda ke blog rakan yang menjengah ke sini iaitu cik shida. Terima kasih cik shida atas info yang diberikan http://duniakushida.blogspot.com/ . Jadi..kepada kengkawan yang belum ada link tu..bleh masuk sini.. http://translate.google.com/translate_tools
so..selamat mencuba... ( sebenarnya..bila benda nih dah translate..bahasa yg kuar agak kucar kacir..tapi still leh paham.hahahahha...aku suka..)
so..selamat mencuba... ( sebenarnya..bila benda nih dah translate..bahasa yg kuar agak kucar kacir..tapi still leh paham.hahahahha...aku suka..)
Friday, May 6, 2011
Nasi Carrot & Dummy Kek

Kak Milah bermula dari tahun 1990 sehingga kini bermakna dah 21 tahun dalam hal membuat kek dan biskut raya. Biskut rayanya di bawah label NAJWA HOME COOKIES..Dia juga sedia menerima pelajar untuk kelas Fondant.So kengkawan yg berminat..bleh msg kat box aku tu.

Ini pula adalah jamuan untuk pagi ni , Nasi Carrot..ayam masak kicap..acar..Dalca dan juadah sampingan pulut bersama ikan kering.Kalau setiap hari mengadap benda nih..memang sihatla kami semua kat pejabat ni. Terima kasih kepada kak Miah di atas tajaannya..dan makanan ni pun dia yg masak. Alhamdulillah..rezeki di pagi hari.

Wednesday, May 4, 2011
ISABELLA


Isabella..adalah sebuah kisah benar seorang gadis yang mencari sinar Islam. Aku dah paste gambarnya dan rumusannya..korang baca la ya. Aku kena habiskan Sutera Bidadari terlebih dahulu..lepastu sambung Isabella...
Tuesday, May 3, 2011
Sutera Bidadari - Sebuah Ceritera Epik Thriller

Jumaat lepas aku dah meredah pekan kangar..mencari Novel ini..tetapi hampa..hari ini..hanya dalam temph 60 minit yang aku miliki..aku redah jua panas terik mentari di pekan kangar..yang penting aku segera miliki novel terkini Ramli Awang Murshid. Hasilnya amat memuaskan..seolah-olah hati aku ingin melonjak keluar dari rangka tubuhku apabila novel ini kelihatan tersusun indah di rak kedai buku kat The Store. Ok..aku tak harus berceloteh panjang di sini..aku harus segera habiskan tugasan pejabat ..agar dapat aku tenung novel ini dengan lebih awal. Moga aku tidak diganggu dengan segala macam dugaan ketika aku cuba berada di sisi saifudin untuk meneliti perjalanan hidupnya yang seterusnya.Chaiyoookkk !!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)