Tuesday, February 26, 2013

Elianto untuk Birthday Ibu

 Happy Birthday untuk Ibu... dan hadiahnya ialah.. jeng..jeng..jeng..seperti gambar di atas. Hadiah ni ibu yang request..kekeke..dan abah hanya ngikut ja. Awal-awal lagi ibu dah cakap pd abah..birthday nanti nak cuba set elianto ni..sebab haritu masa kat Tesco aku pernah try bedak compac dia..rasa lembut gila bila aku sentuh. Pastu satu sebab lagi..aku nampak adik ipar aku pakai cantik.Nampak gebu , tak bertompok dan comey ja. Jadi.. sampa ja kat kiosk Elianto..aku pun buat muka sekupang kat sales girl tu. Aku cakap ngn dia ..aku baru nak try set ni..maka..dia pun tanya la jenis kulit aku ni..sensitif atau tak..dan seikhla hati aku cakap..muka aku agak berminyak.. Jadi dia suggest supaya aku ambik loose powder.. BB cream..dan aku tambah blusher sama.. sebab blusher aku dah habis.Disebabkan jumlah belian aku lebih dari RM 50.00 maka..aku terus dapat jadi ahli..dapat less sikit..dan yg best lagi..masa beli ni jatuh pd tarikh birthday..maka..less lagi 30%..
Maka puas la hati aku..dapat sengih panjang..sebab..abah yang bayarkan..hahahah... Tq laling.
Lepasni aku dah planing lam otak..aku nak ambik bedak compac dia pula.yes..
 
 Budak kecik ni..bila suh posing..inilah gaya terkini.Gaya cute miut dari Firas.
 
 Muka puas hati dapat apa yg diidamkan. Hahahahahah...
 
 Abang dah tak sabar nak ngap. Kami makan di Noodle Station Tesco .. ni tempat peberet abah. Jadi..bila sampai ja buku menu tu.. macam-macam Danish nak oder.. Last dia oder mee ..
agak pedas tapi sedap.
 
 dah tak sabar nak ngap..
 
 Air ni abah yang oder. Tak ingat dah aku apa namanya..
Aikk..tetiba abah minum minuman panas...
 
 Haa..yang ni banana split. Untuk adik Firas. Dia main tunjuk ja gambar dalam senarai menu tu.
 
 Air ni pula sudah tentula pilihan ibu. Ice Capuccino.. terbelak bijik mata ibu
lepas minum air ni. .
 
 Pergh..pilihan air abang memang ekstream. Air jus buah-buahan..
Campuran mango, Strawbery,dan apa tah lagi.Rasa yang unik.. terutama ais tinggi tu.
 
Yang ini pula.. tentulah pilihan ibu dan yang paling sedap antara semua menu.
Kuah ayam ni campuran majerin, cheese dan lada hitam..Memang sedap.
Kalau jejak lagi ke sini.. inilah menu yang seterusnya..
 
Mee berkuah untuk abah. Namanya aku tak ingat. Tapi lepas makan..kami rasa tak sesuai sikit
dengan citarasa sekeluarga..
Jadi..sekianlah sambuatan birthday ibu untuk kali ke 32 tahun..HAHAHAHAHAH...tua dah aku..


Tuesday, February 5, 2013

Bukit Bendera Pulau Pinang

 Sedar tak sedar dah pun masuk bulan Februari.. nampak sangat aku terlambat upload
benda ni. Sedangkan kami ke Pulau Pinang bulan 12/2012.
Ok.. jom aku cerita serba sedikit tentang Bukit Bendera buat panduan korang kalau nak kesana.
Terutama sekali buat mereka yg membawa anak kecil. jadi..aku nasihatkan korang datang awal. Kami
sampai kesana sekitar jam 9.00 pg..dan alhamdulillah.. kaunter tiket masih cun.. tak ramai sangat org.
Seperti biasa bab beli-beli tiket ni memang aku serahkan pada en suami la..jadi dengan semangatnya en suami pun beratur seperti yang ditetapkan..
 Nun yg berbaju hitam di hadapan kaunter tiket adalah suami aku.. ( alamak..ramaila pula berbaju hitam ) nampakkan..suasananya masih lengang. Sedang aku sibuk menghalakan HP aku ke pelbagai arah ( konon macam guna kamera canggih la )..tetiba suami aku melambai-lambai minta aku datang kepadanya. Haa..apalagi..tergedik-gedik la aku berlari mengikut bengkang-bengkok laluan kaunter tu.. sampai ja..
" Mela..cepat bagi IC " .. eh.. kena IC ka..saya memang org Malaysia..kerani kaunter sengih ja.. dia cakap kena tengok juga.. sebab ramai org luar pun macam org malaysia..kalau tak tunjuk..harga tiket mahal la.. Wa...terus aku bagi..
Jadi..kami sekeluarga 4 beranak RM 15 hingit.. Firas percuma.. 
Jadi sebagai peringatan..kalau korang kirimkan sorang je gi beli Tiket..kirim bersama KAD PENGENALAN ya.. sebab kalau laluan tu penuh..memang susah la nak sampai ke kaunter tiket.
 Arghhh..gambar kabur gila.. sebabnya aku snap gambar ni sambil berjalan. Kekeke.. nak berhenti ambil gambaq malu..sebab ada RELA tunggu kat depan pintu tu.. jadi..main redah je la.
Yeyeyey..tak sabar nak naik keta api. Dah 31 tahun Hidup..ni first time naik ketapi Bukit Bendera..
Kolot sungguh.
 Inilah keretapinya. Dalam dia dah guna aircond.. tapi kalau korang lambat naik..berdiri la jawabnya.
Sebab tempat duduknya tak sama macam kita naik LRT atau komuter.
Yang aku paling suka.. semasa di pertengahan jalannya..keretapi akan berhenti seketika sebab nak turunkan penumpang di beberapa hentian. Diorang ni penduduk sekitar sini. dan sesungguhnya aku macam tak percaya ja bila tengok kediaman diorang kat atas bukit ni. Boleh diakatakan cantik dan unik.
 Yes.. akhirnya sampai juga aku kat atas ni. Dah beranak dua baru sampai, hehehe..
Ok..dah sampai atas.. jangan pepandai buang tiket naik tadi key. Sebab semasa nak turun..tiket akan dicek sekali lagi. Kalu hilang aku tak pasti samada kena beli lain atau macam mana.
Tetapi ada sekumpulan remaja aku nampak beratur semula di kaunter tiket sebelum turun ke bawah.
 Kat atas bukit bendera ada tempat makan. Ada tempat agak mahal dan ada yg agak murah.
Kami makan nasi ayam ja.. tapi best sebab dalam suasana yang amat nyaman.
 Berposing walau di mana jua..
 Kat atau Bukit bendera juga ..ada muzium burung hantu.
Pelbagai koleksi yang ada..ada yg diperbuat dari kulit siput, kayu dan batu.
Susah juga nak mengukir ya.. tapi aku berjaya siapkan sekor burung hantu..cantik wo.. kekekeke...
Percayalah....

 antara Koleksi burung Hantuuuu .. ni dari kulit siput
Jalan Tuanku Yahya Petra  .. nama jalan di puncak bukit bendera
Jalan utama..Jalan Keretapi.Curamnya....

Friday, January 25, 2013

WooWWooww... ( ni ja yg muncul lam otak aku)

Memula sekali...fuhhhhhhhh...Alhamdulillahhh.. semua dah selamat..
apa yang selamatnya ? sebenarnya tak selamat mana pun..banyak lagi yg nak kena buat..tapi boleh dikira ..selamat la..sebab tempat baru aku dalam ofice ni dah kemas sikit.
Awal tahun 2013 yang amat mencabar.. sebabnya....

1. ) Kami berpindah ofice.. Dari Tarikh 1 Jan 2013 kami dah mula berkemas dan pada 2 Jan 2013 aku
      dah mula off kan otak utama pejabat ni.. server yg tak pernah berhenti rehat..kecuali kalau letrik
      out. Jadi..selepas server dah off..bermula la operasi mengemas sepenuhnya. Kes nilaian yg masuk
     semua kena stop dulu.Kalau nak jalankan kes secara manual pun rasanya agak berisiko..iaitu
     kehilangan kes.
     * masalah selepas tu..aku rasa kontraktor terlalu slow .. slow teramat-amat. Kami hanya boleh on
        semula server pada 14 Jan 2013. Selepas di on.. masalah lain pula yg muncul. Network pula tak
       stabil.. dan yg lebih menyakitkan jiwa raga , kepala otak aku.. ialah..kontraktor cakap diorg tak
       pandai nak selsesaikan masalah yg ada. Sebabnya diorg lebih kpd elektrik. Ya Allah...kalau dah
       tak pandai, kenapa dulu ambil kontrak ni dan mengaku tahu.. Ah .StRESSSS !!!
       Sistem kami benar-benar ok boleh digunakan hanya pada 24 JAN 2013 . LAMA GILA & AKU
       Memang TAK PUAS HATI .

 Proses Berkemas
 
Selepas meja dan kerusi di keluarkan
    

2. ) Dalam aku stress - stress tu..ada juga yg best.. adik aku akan kawen. Alhamdulilahh.. syukur
      Allah temukan dia dengan seseorang yg boleh menerima dia dan kami sekeluarga. Majlis akad
      Nikah berlangsung pd 18 Jan 2013 bersamaan hari Jumaat, Majlis sebelah pihak perempuan pada
      19 Jan 2013 dan majlis di pihak kami pada 20 Jan 2013. Walaupun letih namun aku gembira.
      Pada masa yang sama.. geng pejabat masih belum boleh menggunakan sistem dalaman kami. Aku
      hanya boleh membantu mereka dari rumah ja. Tak mungkin aku boleh tinggalkan majlis penting
      buat kami sekeluarga.
      Doa kami sekeluarga semoga mereka bahagia sehingga ke hujung nyawa.

  Semoga berbahagia adik- adik ku.
 
Firas sendiri yg minta nak tangkap gambar kat hantaran..jadi layan jaa...

Monday, December 31, 2012

COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG

Percutian pd 21-23 Disember 2012 hanya di Pulau Pinang. Bulan Jun 2012 kami baru ja ke MELAKA .. jadi aku rasa utk hujung tahun pi dekat-dekat sudahla ( sebab poket dah nipis , hahahah...) . Aku pun dah tak ingat kali keberapa kami ke area Batu Feringghi Pulau Pinang.. sebab dulu ini memang antara tempat kegemaran aku.. Tetapi..selepas aku pi kali ni..aku rasa sedih sangat dengan keadaan pantainya. Banyak sampah.. berbau hancing kencing kuda ( mungkinla ) , najis anjing yg berselerak di atas pasir.. dan entahla apa lagi..tapi aku rasa pantai dah tak sebersih dulu.Memang aku tak benarkan anak aku mandi laut .
Ok..kali ni aku menginap di Copthorne Orchid Hotel Penang.. first time duk sini.Hotel yg kami pernah duduk di sekitar Batu Feringghi sebelum ni dah penuh..sebabnya lambat sangat booking. Hotel ni pun ok juga..cuma untuk pertama kalinya dlm sejarah percutian kami, aku minta untuk ditukarkan bilik. Bilik pertama yg aku dapat ada masalah dengan tandasnya. Air dari tandas atas menitik dan masuk ke tandas kami.. Waaaaa...aku tak dapat terima masalah ni. Aku rasa aku dah bayar mahal dan aku harus dapat nilai terbaik dari duit yg aku laburkan.
Alhamdulillah.. urusan tukar bilik  amat-amat mudah. Aku cuma call kaunter receptionis dan bagitau masalah ni.Kemudia dia minta aku cakap dengan manager terus. Manager pun ok.. selepas aku terangkan masalah tersebut..dia cakap ada bilik kosong berdepan bilik kami.. Dia terus hantar Bell boy utk tolong kami pindah bilik dan untuk menyerahkan kunci bilik baru..
Jadi..jom tengok sedikit gambar kami di sana..
 
 Ini pandangan depan hotel pd sebelah malam. Hotel ni terletak kat Tanjung Bunga dan yg menariknya pihak hotel menyediakan bas untuk penghuninya ke Pasar Malam terpanjang di batu Feringgi tu.
 
  Baru ja chek in. Setiap bilik  ada balkoni tersendiri..jadi dapatla lepak kat balkoni dan ambil angin laut.
 
 Sebelum check out..bergambar bersama-sama dulu..
 
 Abang sedang paksa adik tengok ibu.. tapi adik biasala..banyak benda dia nak cek.. tak sempat dah nak ambil gambar.Ni kat ruang legar dia.. bagus..ada banyak sofa disediakan.. So sementara tunggu en suami chek in .. blehla aku rehat jap.. sebab penat sangkut dalam jeam ( ceewah..macam aku yg drive pulak ..)
 
Malam Pertama di Copthrone.. dah tak larat nak kuar beli makan.. jadi..ambik room service ja.

Dah hilang letih..turun ushar kolam mandi ..dan terjumpa pulak benda-benda ni.
Apalagi..tersenyum panjang la abg Danish. Adik pun bleh tumpang juga..nasib tak ramai budak yg nak main.


 Ronda-ronda kawasan hotel.. kat luar banyak lampu dan hiasan utk krismas.
 
Ok.. masa untuk berendam..
 
Laut yg luas.. Pemandangan dari bilik kami 1212
 
Nanti aku update perihal di Bukit Bendera pula.. bye.
 

Thursday, December 27, 2012

Update KisAH rEMOTE CONtROL



Yaa. inilah remote control yang fames tu.Kalau korang tak faham apa yang aku maksudkan..klik ja KLIK SINI Korang tengoklah keadaannya.. banyak yang dah rongak. Pandai remote ni ambik peluang meronda hingga ke Kuala Lumpur. Sehari selepas aku mendapat kembali remote ni..aku dihubungi oleh syarikat  terbabit dan memaklumkan kepada aku bahawa mereka telah mengepos remote tersebut bersama UPS yg telah siap di baiki.. Terima kasih kepada Puan tersebut yang tidak melupakan janjinya untuk mengembalikan remote tersebut..  Semoga dengan kembalinya remote tersebut dapatlah aku bekerja dengan aman tanpa memikirkan keadaannya yg jauh di sana.. hahahahah...

Thursday, November 29, 2012

AKU BERCERITA - RAM

Buku yang aku tunggu akannn.. keluar.. Horaayyyyy...Horayyy..!!! ( buat adik aku yg berangan nak pinjam.. bayar deposit dulu key .. kakakakakkak )
Tak nak cakap panjang.. aku rasa kerusi ni semakin panas..
kalau boleh aku nak buku ni berada di dalam genggaman aku sekarang jugak
Akan aku saluti dengan plastik buku yang paling jernih dan paling berkilat.
dan
 Cover kali ni memang lain dari yang lain..
 

Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2

Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu RAMLEE AWANG MURSHID! Bakal terbit Januari 2013, nantikan! =)

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
 
Info ni aku dapat dari  KELAB RAM. bESTNYEEERRRRRR...
 

 

Nufnang