Tuesday, February 5, 2013

Bukit Bendera Pulau Pinang

 Sedar tak sedar dah pun masuk bulan Februari.. nampak sangat aku terlambat upload
benda ni. Sedangkan kami ke Pulau Pinang bulan 12/2012.
Ok.. jom aku cerita serba sedikit tentang Bukit Bendera buat panduan korang kalau nak kesana.
Terutama sekali buat mereka yg membawa anak kecil. jadi..aku nasihatkan korang datang awal. Kami
sampai kesana sekitar jam 9.00 pg..dan alhamdulillah.. kaunter tiket masih cun.. tak ramai sangat org.
Seperti biasa bab beli-beli tiket ni memang aku serahkan pada en suami la..jadi dengan semangatnya en suami pun beratur seperti yang ditetapkan..
 Nun yg berbaju hitam di hadapan kaunter tiket adalah suami aku.. ( alamak..ramaila pula berbaju hitam ) nampakkan..suasananya masih lengang. Sedang aku sibuk menghalakan HP aku ke pelbagai arah ( konon macam guna kamera canggih la )..tetiba suami aku melambai-lambai minta aku datang kepadanya. Haa..apalagi..tergedik-gedik la aku berlari mengikut bengkang-bengkok laluan kaunter tu.. sampai ja..
" Mela..cepat bagi IC " .. eh.. kena IC ka..saya memang org Malaysia..kerani kaunter sengih ja.. dia cakap kena tengok juga.. sebab ramai org luar pun macam org malaysia..kalau tak tunjuk..harga tiket mahal la.. Wa...terus aku bagi..
Jadi..kami sekeluarga 4 beranak RM 15 hingit.. Firas percuma.. 
Jadi sebagai peringatan..kalau korang kirimkan sorang je gi beli Tiket..kirim bersama KAD PENGENALAN ya.. sebab kalau laluan tu penuh..memang susah la nak sampai ke kaunter tiket.
 Arghhh..gambar kabur gila.. sebabnya aku snap gambar ni sambil berjalan. Kekeke.. nak berhenti ambil gambaq malu..sebab ada RELA tunggu kat depan pintu tu.. jadi..main redah je la.
Yeyeyey..tak sabar nak naik keta api. Dah 31 tahun Hidup..ni first time naik ketapi Bukit Bendera..
Kolot sungguh.
 Inilah keretapinya. Dalam dia dah guna aircond.. tapi kalau korang lambat naik..berdiri la jawabnya.
Sebab tempat duduknya tak sama macam kita naik LRT atau komuter.
Yang aku paling suka.. semasa di pertengahan jalannya..keretapi akan berhenti seketika sebab nak turunkan penumpang di beberapa hentian. Diorang ni penduduk sekitar sini. dan sesungguhnya aku macam tak percaya ja bila tengok kediaman diorang kat atas bukit ni. Boleh diakatakan cantik dan unik.
 Yes.. akhirnya sampai juga aku kat atas ni. Dah beranak dua baru sampai, hehehe..
Ok..dah sampai atas.. jangan pepandai buang tiket naik tadi key. Sebab semasa nak turun..tiket akan dicek sekali lagi. Kalu hilang aku tak pasti samada kena beli lain atau macam mana.
Tetapi ada sekumpulan remaja aku nampak beratur semula di kaunter tiket sebelum turun ke bawah.
 Kat atas bukit bendera ada tempat makan. Ada tempat agak mahal dan ada yg agak murah.
Kami makan nasi ayam ja.. tapi best sebab dalam suasana yang amat nyaman.
 Berposing walau di mana jua..
 Kat atau Bukit bendera juga ..ada muzium burung hantu.
Pelbagai koleksi yang ada..ada yg diperbuat dari kulit siput, kayu dan batu.
Susah juga nak mengukir ya.. tapi aku berjaya siapkan sekor burung hantu..cantik wo.. kekekeke...
Percayalah....

 antara Koleksi burung Hantuuuu .. ni dari kulit siput
Jalan Tuanku Yahya Petra  .. nama jalan di puncak bukit bendera
Jalan utama..Jalan Keretapi.Curamnya....

3 comments:

Unknown said...

best nye..teringin jugak nk ajk family ke sini....hihii~

Unknown said...

wah..seronoknye jalan2 mkn angin..bile2 boleh reen ajak family ke sini jugak nanti..hihii~

mela said...

Boleh ja rieyn... yg penting..kita dah atur jadual perjalanan sebelum bercuti lagi..kalau takda jadual..bila sampai tempat percutian...boleh jadik tunggang langgang.

Nufnang