Thursday, May 31, 2012

Sun Set Beach Resort Langkawi

Disebabkan sekarang musim cuti sekolah..teringin pula aku nak update senarai hotel-hotel yg pernah aku duduk dan sedikit sinopsis ringkas yg masih aku ingat berkenaan tempat tersebut. Semoga boleh memberi info sedikit sebanyak buat sahabat-sahabat yg ingin menginap di tempat yang sama.

Ini adalah bilik Sunset I .
Kalau pasangan cuma 2 orang..memang sesuai sangat.
Biliknya agak kecil.Tapi kalau ada anak-anak..fuh..memang sesak sikit.
Walau bagai mana pun..biliknya cantik.
Di sini suasananya adalah suasana Bali.
Bilik terletak kat atas pasir ja..
Pantainya pula tersendiri..maknanya ..tak ramai org luar yg lepak kat pantai..cuma penghuni hotel
Sun Set dan resort yg disebelahnya sahaja.
Ni pula adalah laluan untuk ke pantai dan Cafe resort.
Cafenya simple dan berkonsep santai. Dari dalam cafeterianya kita boleh nampak
laut yg terbentang luas..memang amat-amat cantik.

Lupa pula nak bagitau..Sun set ni terletak di pantai Chenang. Dekat dengan
Underwater world dan amat mudah nak mencari makanan luar di sekitarnya. Kiranya kawasan ni
memang kawasan yg menjadi pilihan pelancong.
Aku dah dua kali menginap di sini..rasanya kalau ada rezeki lagi.. Sun set
akan menjadi pilihan utama aku.
 Ini pula Sun Set III.
 Bilik ni memang luas.. dan ada 1 katil Queen , 1 katil single.
Katil single terletak kat bawah katil queen tu.. tarikja hujung katil bawah tu..haa..
Jadi kalau korang ada dua anak yg masih kecil..bilik ni memang sesuai.
kalau anak dah besar pun still boleh..mintala tambahan katil.
Cuma 1 ja yg aku tak tahan..bilik ni dipenuhi pasir kat atas lantainya.
Manakan tidak... anak aku asyik ulang keluar masuk..kat luar dah la pasir.. macam nak pinjam penyapu makcik cleaner sehari dua.
Ini adalah tandas bagi bilik Sun set III. Memang amat-amat cantik.aku tergoda pada designnya.
Rasa cam nak lepak lama-lama sikit lam tandas.


Untuk ke pantainya pula..tak yah susah-susah.. apabila korang gi makan kat cafe..memang dah menghadap laut pun.Lepas sarapan.. boleh terus terjun laut. Nak berkubang dalam pasir pun ok.
Berdasarkan pendapat kawan-kawan aku yg pernah datang sini.. semuanya cakap akan datang lagi.
Cuma kena booking awal ya. Kalau lambat..Jadi la macam dua org sahabat aku tu..gigit jari la jawabnya.
Semoga pengalaman aku ni memberikan sedikit info buat korang nak cari hotel sekitar langkawi..nanti aku update holet lain pula kat langkawi nih.
Klik Sini utk ke Web Sun Set


2 comments:

Unknown said...

boleh dapat gov rate dak hotel ni???

mela said...

Siti..rasanya macam tak dapat la..dah tak ingat sama . Cuba call dan tanya tengok.Tak rugi kita bertanya..sebab kalau kita tak tanya..dia akan guna rate bisa ja..

Nufnang