Monday, May 7, 2012

Anai - Anai... menyeranggggg ....arghhhh ! !!!!

Ala...Makcik anai-anai nih..simen pun korang nak 'gerit' ( gigit ) ka ?
Tempat letak komputer pun nak dikerjakannya. Habis isi dalam almari nih kena keluarkan.
Nasib segala album gambar kat dalam nih belum sempat dikendurikannya. Tetapi..kabel komputer kat belakang almari tu semuanya dah bersalut menjadi kediaman mewah si anai-anai.
Ini kediaman mewah yang dia buat kat dalam bilik tidur ketiga. Bilik nih takda penghuni..jadi..tanpa kebenaran tuan umah..dia yg sibuk nak jadi penyewa free kat sini. Maka..rosaklah almari solek aku 9 tahun yg lalu. Terpaksa diserahkan kepada sang api.. menangis dalam hati aku..Oh anai-anai..bertapa cepatnya korang bertindak.
Macam-macam corak yang ada.. Ini pun kat dalam bilik tidur ketiga
Sakitnya hati aku..

Sebagai membalas dendam..en Haffiz telah meletakkan racun anai-anai di sekitar rumah. Alamakk..busuk gila ubat tu.Patutla anai-anai lari..aku pun lari kalau macam tu punya bau.
Selepas letak ubat anai-anai..terpaksalah kami mengangkut segala jenis wangian pula.Sampai naik pening kepala kami anak-beranak.
Si anai-anai pula teramatlah sakit hatinya sebab kami menghalau mereka dari bilik tidur ke tiga ni..maka dia memilih pula Almari tempat letak komputer. Sedangkan komputer tu terletak di ruang tengah dan setiap malam kami menggunakannya.Maknanya selepas dua hari kami memusnahkan sarang utama mereka..terus mereka menyerang tempat lain pula.
Tanpa berfikir pjg...kami letak lagi racun anai-anai tu kat kwsn situ pula..Arghhh...busukk..
Anai-anai pun dah tak tahan...larila dia....
Seminggu kemudian... anai-anai menyerang stor lama umah mertua aku pula..Hehehee..ampun mak..kami tak sengaja menghalau anai-anai ke situ.
Jadi sekarang kami sentiasa berjaga-jaga..Segala jenis almari tidak diletakkan terlalu dekat dengan dinding. Kami pastikan ada ruang yg kami boleh nampak sekiranya ada anai-anak yg cuba-cuba menyewa kat situ.
Akhir kata buat anai-anai
" KALAU AKU NAMPAK LAGI MUKA KECIK KORANG TU !!!! JAGA !!! MAUT LA JAWABNYA !!!! HAHAHAHAHAHAH!!!!!  "

5 comments:

joijoi80 said...

mela..rasanya lebih baik panggil servis yg tebuk lantai tu..bubuh ubat dia dlm lantai..yg t umakan lama bertahan tp kos tingi sket...

cheedah said...

kena panggei pest kill hehe dulu kt umah sewa 3 taun aku berperang ngan anai2

mela said...

itula kak , rasanya memang kena dapatkan khidmat dari yg pakar dah ni.sakit hati dan sakit mataa..

mela said...

Cheedah, kalau ang rasa nak tolong aku berperang..mai la.. hang pun dah ada askar tambahan..sahih best.heheh..

rahmat Ibrahim said...

Khidmat basmi anai-anai
011-33437813

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...