Thursday, May 10, 2012

Travelog Cinta Abadi - Roza Roslan

 Sesungguhnya  terus terang aku cakap..aku memang tak pernah mendengar nama penulis ni Roza Roslan. Tetapi perkara pertama yang membuatkan aku tertarik untuk membeli buku ini adalah kerana covernya yang amat cantik. Bunga Ros ni benar-benar nampak hidup. Alasan kedua adalah kerana aku sukakan novel travelog dan harganya pun amat berpatutan dengan bilangan muka suratnya sebanyak 271 ms.
Buku ini berkaitan dengan kisah perjalanan hidup penulis yang dilahirkan sekitar tahun 70an. Jadi bagi aku yang dilahirkan sekitar tahun 80an, ianya adalah sesuatu yang menarik. Membacanya membuatkan aku tersenyum dan adakalanya bergenang air mata apabila merasai apa yg dirasai oleh penulis .
Antaranya penulis menceritakan bahawa
dia berasa amat berang apabila mengetahui kutu mula mendiami kepalanya. Gatal yang mengganggu, namun disebalik kisah kutu tersebut, Allah menganugerahkan sesuatu yang lain buatnya. Sentuhan seorang ibu yg telah sekian lama dirindui, membelai kepalanya dengan alasan untuk mencari kutu. Nikmatnya tidak dapat dilafazkan. Sesungguhnya kesibukan ibunya membesarkan adik-adik yg ramai membuatkannya kurang menyentuh si anak yg semakin membesar.Apabila kutu telah habis dikepalanya..penulis membayangkan utk mencari benih kutu baru dan biarkan ianya membiak dikepalanya. Tujuannya hanya satu..agar ibunya dapat membelai kepalanya selalu.
Pelbagai lagi kisah menarik yg dilalui oleh penulis dan kita boleh ambil sebagai tauladan. sesungguhnya setiap kejadian yg Allah jadikan pasti bersebab dan janganlah kita menyalahkan takdir.
Aku suka buku ni. I like.Cepat cari keyy..


No comments:

Nufnang