Friday, April 20, 2012

Dari Allah kita datang & kepada -Nya jua kita kembali...

Janji Allah pada kita semuanya benar.. Hidup dan mati kita juga..segalanya di tangan Nya. Kita hanya mampu merancang.. dan berdoa..semoga segalanya seperti yang kita impikan.
Setiap yg hidup pasti akan mati.. cuma cara mati setiap org yg berbeza. Semalam sekitar jam 10.30mlm kami dikejutkan dengan kejadian yang tidak disangka. Sebuah kenderaan telah menjunam ke dalam sungai di hadapan rumah aku. Sungai Baru.. salah sebuah sungai utama yg mengalirkan air ke laut dari serata negeri perlis.
Jarak kejadian cuma sekitar 100meter dari rumah aku. Doa aku apabila mendengarnya semoga semua yg berada di dalam kenderaan tersebut terselamat. Berita tersebuat amat cepat tersebar. Keadaan di hadapan rumah ku bertukar menjadi riuh..seolah-olah ada pesta.Ramai yg datang..deretan kereta tersusun dari tempat kejadian sehingga di hadapan rumah aku.
Dari sumber yg aku perolehi, kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki yg berusia sekitar 30an. Memakai baju melayu dan berkain pelikat. Tafsiran awal aku..mungkin dia baru balik dari masjid dan ingin menuju ke kuala sungai baru..Tidak dapat dipastikan punca utama kereta tersebut menjunam ke dalam sungai. Ada yg mengatakan kereta tersebut tiba-tiba sahaja menjunam ke sungai..mungkin pemandunya telah meninggal sebelum terjunam ke dalam sungai.. atau dia meninggal kerana lemas.
JPA dan Bomba berusaha untuk menyelamatkan pemandunya..namun..kerana arus sungai yg agak kuat dan air yg agak dalam..segalanya menjadi sukar. Sekitar jam 1.00 pg..baru mayat berjaya dikeluarkan.
Semoga Arwah ditempatkan bersama org-org yg beriman.. Sungai Baru tidak pernah sunyi dari menelan mangsanya.Telah ramai yg menjadi mangsa di sungai tersebut. Setiap tahun ada sahaja kisahnya. Semoga tiada lagi yg menjadi mangsa sungai tersebut.. Alfatihah..

No comments:

Nufnang