Tuesday, October 25, 2011
TIRAMISU
SEDAPP...itula pandangan pertama aku apabila kali pertama merasanya. Aku beli dari sedara yang memang aktif dalam kes buat-buat kek dan jual menjual kek nih. Blog dia kat sini masuk le tengok..memang menggoda gila. Aku kan penggemar setia cheese. Apa sahaja yang ada campuran cheese, pasti aku tak akan lepaskan peluang untuk merasanya. Jadi..seperti biasa..apabila aku dah suka..pasti aku akan mencari bahannya. Aku kena buat sendiri ... jadi..aku boleh makan dengan banyak gila. Yang bestnya juga..suami aku pun suka..jadi..dia pun mendorong suh aku cari menu.Setelah aku puas menggodek kat internet nih..akhirnya jumpa juga cara nak buatnya.. Aku tak pastilah samada sedara aku asu ija guna menu yg macam mana. Yang pasti dia buat memang sedap.. Jadi...meh tengok menu Tiramisu versi aku...
BAHAN A
250 gm krim cheese ( boleh guna tatura @ philidepia )
3 sudu besar gula ( ok la ni...tak manis sgat )
Pukul bahan di atas sehingga kembang..
3 biji telur ayam ( ambil kuning sahaja )
3 sudu besar gula
Campur telur ayam dan gula..kemudian masak secara double boiler. Semasa masak..pastikan kacau selalu sehingga warna kuningnya kelihatan agak pudar. Kalau tak kacau..nanti dia akan bertukar menjadi telur hancur.
Apabila telur dah masak..cepat-cepat campur kedalam krim cheese yg telah diputar sehingga kembang tadi. Campurkan 2-3 sudu kecil nescafe pekat. Adun sehingga semua sebati. Dah sebati..letak kat tepi kejap..kita nak buat adunan lain pula.
BAHAN B
Pukul 1 kotak setengah Whipping cream dan 1sudu besar gula sehingga kembang key. Jika kita tuang whiping krim tu..takan ada yg tertumpah dari bekas adunan. Setelah pasti kembang..tuang ke dalam bekas krim cheese yg dah kembang tadi. Cuma kaup balik ja..takyah guna mixer.Tapi..pastikan semua bersatu la..
Cara Menyusunnya..
Ok..Tuang Bancuhan nescafe di dalam bekas yang kita boleh celupkan roti Ladys Finger. Celupkan kejap ja..secara membalik - balikkannya. Lepastu susun ja lam bekas yg kita nak.Boleh susun rapat-rapat atau dijarak jarakkan..dah cantik susun.. masukkan krim yg kita dah siap adun tadi. Sapu rata..kalau nak letak krim tebal pun boleh.Ikut suka hati la...Dah rata..tabur serbuk koko..Lepastu , ulang sekali lagi menyusun roti ladys fingers tu dan tuang krim sekali lagi..dan taburla serbuk koko lagi sekali...dah siap..masuk lam peti sejuk semalaman. Makan ketika sejuk...amat-amat sedap. Tak sedar boleh habis 1 tuppawere..( eja cam nih ka ) trylah..bagi penggemar cheese...pasti tak nyesal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment