Monday, October 17, 2011

Roti Manis pertama kalinya..



Sebelum di bakar


Memula sekali..aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger kak Izah Daud..sebabnya..aku ambil menu ni dari blog dia.Kalau korang nak menunya..klik kat sini yaa.. Aku memang tak pernah buat roti. Inilah pertama kali dalam masa 30 tahun dan aku amat berminat untuk mencuba.
Aku cuma buat 1 adunan ja..memang ikut ja menu kak izah tu..dapatla sekali bakar. Dah siap masak..aku pun cuba la rasa..ermm..memang sesuai namanya roti manis..memang manis..sebab masuk gula kan. Tapi takla manis tahap melampau.Aku siap makan dengan sup ayam lagi. Fuh..best juga. Ada lebih..aku bagi sikit untuk mertua. Dalam kepala otak aku..aku rasa nak letak inti cheese la pulak..Aku kan hantu cheese. Boleh tak kalau try tukar air gula ngn susu segar dan letak inti krim cheese... Boleh tak ???..aku kena try nih.

2 comments:

Amie said...

sedapnya.... kalau dah begini rupanya, kuar dari oven terus nak terkam!

mela said...

hahahah..kak amie..first time buat..jadi..bila kuar dari oven memang nak terkam..sebab tak sabar nak rasa percubaan pertama..tapi takut juga..kalau-kalau tak sedap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...