Thursday, October 20, 2011

Anak Arab bertukarrrrr !!! menjadi PizzAA !!!


Hehehhehe...pertama kali aku baca nama roti tuh memang aku gelak. Selalu aku panggil roti arab ja, tetapi..disebabkan saiznya yang kecil, maka namanya pun dah jadi anak arab. Dah lama rasanya tak buat pizza roti arab..jadi aku angkut dua plastik.Satu paket ibu dan abah arab, satu paket lagi anak arab. Ibu dan abah arab tu aku buat Kebab segera yg aku suka tu. Anak arab pula aku buat pizza. Bahan yang aku gunakan untuk buat inti Kebab dan Pizza tu hampir sama ja. Cuma yang berbezanya untuk buat Pizza , aku letak tambahan sosej.. Daging beger..aku hancurkan dan..kasi goreng agak-agak separuh masak ..tambah lada sikit, sesoning, garam sikit. Pastu Sosej pula..kasi rebus juga..potong ikut suka hati aku..susun ja kat atas roti. Tuang sos cili, sos tomato, mayonise..dan last sekali..mestilah hamparan cheese..pastu..kita bakorr...haa..ginilah hasilnya.. Yang bestnya lepas aku letak lam oven..aku minta en suami tengokkan..aku nak bagi Firas tidor kejap. Bila aku kuar dari bilik..wahhh...harum serumah..dan en suami tersengeh ja..ayat dia lebih kurang bunyi cam gini.." tadi memula abang tengok macam kurang masak..jadi abang tambah lagi masanya..tengok-tengok dah hangit, tapi..boleh dimakan lagi.. " wakakakakakakkaka...nasibla..hangit pun hangitla. Bila aku tengok..pizza yg tengah ja hangit sikit..yg tu Danish punya..takda cheese..sian danish.Makan yg lain jela yaa..Danish.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...