Inilah hasil pertama Puding Karamel yang aku buat semalam. Harini aku bawa sikit ke pejabat..untuk kengkawan rasa..aku bagi sikit untuk ibu mertua dan sedikit untuk emak aku.Ada lagi sikit tuk kami anak beranak kat umah. Gabra juga semalam masa nak buat benda nih...almaklumla..pertama kali..dan aku juga ingat pesan kawan aku..semasa letak air..hati-hati. Memang betul..bila letak air..hanya dengan mengunakan sudu..satu bunyi berdesir yg agak kuat terhasil. Kawan aku nih ada pengalaman tak baik kut dgn puding karamel nih..tu pasal dia benar-benar pesan suh aku hati-hati. Tq atas pesanan ya cik Rina. Aku ambil menu nih dari UTUBE jer..aku try buat ikut menu yg dia bagik. Aku ingat kalau aku buat lainkali..aku harus kurangkan kuantiti gula.kengkawan aku cakap..dah ok..cuma agak manis. Aku pun rasa yang sama..Jadi aku dah pesan kat mak mertua dan emak aku tadi..AWAS !! ada lori gula terbalik semalam..heheh.. ini menunya yaaa...
Utk Karamel ...
5 sudu gula
4 sudu air
Panaskan gula dengan api sederhana..sambil mengacau ya..pastu masukan 2 sudu air..terus kacau lagi..lepas tu..masukan lagi 2 sudu air..kacau lagi sehingga gula bertukar keperang-perangan.
Untuk Puding pula..
5 biji telur
250 ml susu full cream
5 sudu gula
Caranya..pecahkan 3 biji telur di dalam bekas..dan dua biji lagi pecah di bekas yang sama..tetapi..putihnya dibuang..jadik..3 biji ambil sekali ngn putihnya, 2 biji lagi cuma ambil kuning sahaja. Masukan 5 sudu gula didalam telur tadi, dan kacau. Jangan kacau over sangat ..sekadar nak bagi telur tu bersatu ngn gula dah la. Pastu..panaskan kan susu..jangan sampai mendidih..jadik..kenala kacau susu tu..bila dah betul panas..tutup api..dan tuang adunan telur tadi kedalam bekas susu. Kacau lagi sehingga telur dan susu menjadi sebati..lepastu tuangla kedalam bekas karamel tadi. Semasa tuang, pastikan tapis key. Lepastu..kukusla dengan api sederhana selama sejam lebih kurang. Cekla samada dah masak atau belum. Bila dah sejuk..masukan lam peti..pastu..bolehla dituang di atas bekas. Dah pun siap..leh makan la..
No comments:
Post a Comment