Wednesday, July 27, 2011

Aku Sayang Bahasa Ibunda ku..



Alhamdulillah..tak sesia aku mengikuti seminar bahasa. Penceramahnya adalah seorang cina. Kerana dia..timbul rasa insaf di hati..rasa sedih di hati apabila mengenangkan nasib bahasa melayu sekarang. Ceramahnya bersahaja dan cukup menyenangkan. Terasa malu pula apabila bangsa lain seperti dia amat fasih berbahasa melayu..cukup cekap bermadah dan seloka. Diakui ramai bangsa lain di Malaysia ini yang tidak boleh berbahasa melayu..dan dari kajian yang dijalankan..di dapati dalam ramai-ramai peserta PLKN yg terpilih..600 orang daripada mereka langsung tidak memahami walau sepatah perkataan bahasa melayu. Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan..jadi kenapa rakyat negara kita tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan lancar dan betul. Pesanan dia kepada kami yang mengikuti ceramah " seandainya orang melayu sendiri tidak menjaga bahasa ibunda..maka akan lenyaplah bahasa melayu di bumi ini kerana kaum lain tidak akan sesekali menjaga bahasa melayu, kecuali segelintir orang sepertinya" . Jadi..di mana pun kita berada di bumi Malaysia ini..gunakanlah bahasa kebangsaan kita..jangan terasa malu dan kerdil menggunakan bahasa sendiri kerana ada sesetengah orang menggangap menggunakan bahasa melayu adalah sesuai untuk orang-orang kampung dan orang-orang yang tidak berpelajaran sahaja. Jadi..renung-renungkanlah..jika bahasa melayu hilang di bumi Malaysia ini..apakah yang akan tinggal pada orang-orang melayu ?

No comments:

Nufnang