Tuesday, April 17, 2012

Mari membaca ..

 Buku ni wajib ada kat atas tilam / ditepi tilam / dibawah bantal tempat tidur Firas.
 Yang ni Firas panggil "TAPI"
 Ini pula " BASH"
 dan ini  " YOYI"
Firas amat berminat pada buku dan pen. Buku- buku jenis ni kebanyakan adalah kepunyaan Danish dahulu. Jadi sekarang ianya milik Firas pula. Sekarang umur Firas dah 1 Tahun 5 bulan. Alhamdulillah..dia anak yg ringan mulut dan mudah mengingat. Selepas 2/3 kali kita sebut dan tunjukkan sesuatu..apabila ditanya kemudian.. pasti akan ada jawapan. Aktiviti ni aku lakukan sebelum tidur dan bila-bila masa sahaja mengikut mood Firas.. Seronok sangat apabila dia dapat menyebut ( walaupun pelat ) dan mengingat sesuatu yg diajar.

Monday, April 9, 2012

Kisah Tragik buat aku dikala guruh & kilat berdentum..

Alkisahnya terjadi pada petang jumaat lepas. Apabila jam menunjukkan jam 5.00 ptg..aku wajib tengok cita nih 
Runningman . Kekadang..tak sempat kul 5 lagi..kalau kerja dah selesai..pasti aku akan layan benda nih.pastu mulalah gelak dan senyum sengsorang. Hilang segala stress kat kepala otak aku ni.
Selalunya..jam 5.30 petang lebih baru suami aku sampai..tapi jumaat lepas..boleh pula dia datang awal.memang aku kalut la.. dah la kat luar tu guruh dan kilat berdentum-dentum..maka..sepantas kilat juga aku shutdown PC kemas apa yg patut dan turun kebawah. Sampai ja kat bawa..en suami dah setia menunggu..aku pun dengan secepat yg boleh terus masuk lam keta. Masa tu kat groundfloor tu ramai lagi yg masih menunggu .. maklumla..hujan pun lebat..jadi diaorg terpaksa tunggu hujan reda untuk keluar dari bangunan.
Bila masuk lam keta ja..suami aku cakap dia nak singgah pasaraya borong sakan kejap..nak cari karpet tuk surau kat ofice katanya..jadi..lam hati aku..horeey..boleh aku angkut dua tiga barang nih. Kat dalam otak dah ada senarai yang muncul tiba-tiba ja bila terdengar perkataan PASARAYA.. hahahhaha..
Sampai depan pasaraya..aku pun terus buka pintu kereta. Tetiba...kaki kiri yang aku hulurkan untuk jejak tanah di situ....aku tarik kembali ke dalam kereta.. alamak..aku pakai kasut tandas la.. dan..bila aku pandang sebelah kanan... huwaaa...aku pakai kasut berlainan laaaa !!!!!
Alamak..macam mana ni..nak tunggu dalam kereta memang aku tak berani..guruh dan kilat sabung menyabung. Kecut hati aku dengan suasana macam tu..En suami pula dah mula tersengeh dan tersenyum., dia dah mula gelak..haaa...ni lagi aku baran nih.. aku pun sebenarnya sedang gelak juga.. AH STRESS !!!!  ( perkataan favorite Gary lam running man ).
Disebabkan takut..maka en suami bagi idea pada aku..labuhkan kain dan jalan pelan-pelan. Hahahahah..nak tak nak..terpaksa la aku ikut idea terakhir tu..
Maka..berjalanlah aku di dalam pasaraya tu dengan penuh tatasusila.. entahla diorg tu perasan atau tak.tapi..muka aku memang nampak pelikla..sebab aku sedang menahan diri dari gelak kuat-kuat. Laki aku buat slumber ja..tetapi..setiap kali dia pandag aku..dia akan sengeh.. Haaa..rasa nak nagis pun ada. Jadi..aku lebih banyak diamkan diri di suatu-suatu tempat ja ..dan berjalan di kawasan yg takda org.
Maka berakhirlah sesi membeli-belah yg amat menyeksakan aku. Aku langsung tak beli apapun.Semua benda yg ada dlm otak aku tadi..dah hanyut di bawa hujan yg lebat kat luar tu. Frusttnya..masa nih la nak pow duit laki aku sebanyak yg boleh...SELAMATTT.....kata laki aku.huh..
Sampai umah mak aku..nak ambil Firas..satu sesi lagi bermula..
" aik..kakak..awat yang pakai kasut macam tu pi pejabat ?" huwaaa.....awat ayah tanya macam tu ????
hahahhahahahah...maka bermula la cerita tersebut..diulang tayang kepada ayah .

Sampai pejabat pagi tadi..inilah kedudukan kasut aku kat bawah meja tu.. Huh memang kes terainaya betoi.
Jadi, pengajaranya..hati-hati ketika menyarungkan kasut anda. Hahahahah...

Monday, March 19, 2012

Lee Huat Garden & Batu Pahat Perlis

 Sabtu lepas Danish minta nak jalan-jalan tengok haiwan. Jadi, kami pun buat keputusan nak ke sini
Lee Huat Garden Changlon kedah..sekali bila dah sampai.. tutup daa..dalam proses baik pulih..entah bila nak siap.
Untuk tidak menghampakan Danish nak tengok Haiwan.. kami berpatah balik ke Batu Pahat Perlis.Maka jadinya edisi pusing perlis la.. 
 Ular sawa nih amat-amat menarik. Tak rasa seram pun tengok dia..macam cun ja..
 Tapi..bila tengok ular sawa belalai gajah ni, buatkan aku rasa tak sanggup nak tenung lelama. Aku terbayangkan seperti lintah gergasi. Eeee... geli la makcik.
Yang ni pula uLar sawa batik. Relaks ja dia.. aku pernah pegang ular sawa ni..tapi entahla yg mana satu. Aku bayangkan badan dia berlendir.. tetapi apabila pegang..cuma rasa sejuk dan licin ja... Ok..boleh dipegang kiranya tak menggelikan la.
Maka tertunailah janji kami pada Danish nak bawa dia tengok haiwan. Walaupun yg ada cuma ular, monyet ( ada baby kecil, cute ) Buaya, Kura-kura , biawak dan iguana. Tetapi ular tedung di sini amat -amat besar. Kalau kena patuk, entahla dapat bertahan selama berapa minit. Dapat la juga Danish menambah ilmu serba sedikit. FIras pun suka.. monyet pun dia panggil bear -bear..siap buat bunyi kucing pada monyet tu. Ada masa , kita jenjalan lagi..
byeeee



Friday, March 16, 2012

ApeHHH.. apEEhhhh...

 Seronoknya jumpa apehh..
 entahla apa yang ditenungnya pada lilin tersebut
 cuba memadamkan apeh dan amat gembira apabila melihat apeh meliuk-liuk ke kiri & kanan


dah bosan menunggu..jadi nak membaca kejap..

Jam 1.03minit pagi semalam.. aku terjaga..fuh..gelap gelita..dan kipas pun dah mula memperlahankan tariannya. Slow -slow terus diam. Apabila kegelapan yang mengambil alih, secara tidak langsung suasana sunyi sepi turut memenuhi ruang, dan semakin lama haba panas mula terasa.
Jadi..memang la tak boleh nak tidur dah..panas. kami anak beranak semua dah terjaga. Untuk mengelakkan gelap yg teramat..maka encik suami pun pasang la lilin. Apabila lilin dah terpasang..si kecil la yang paling gembira. Sambil mengelilingi lilin mulutnya sibuk menyebut..apeh..apeh..apeh.. (api). Macam-macam aksi ada.. yang paling best apabila sesi memadamkan lilin tersebut. Terkekek -kekek Firas ketawa gembira. Abang Danish dah tak terlayan dah..bila letrik dah on..terus sambung tidur . Tetapi Firas..sempat makan coco crunch dulu, baru sambung tidur.
Jam 2.00 pg lebih baru letrik kembali on.. maka edisi berdengkur disambung kembali.
Pagi tadi ngntuknyaaaaaaaa....


Thursday, March 8, 2012

ngeri tak ? takut tak ?

 Tahu apa benda nih ?
 kat sini, boleh minum-minum dulu..bestnya..
cantik sink ni..kalau pasang kat umah gerenti cun

Dugaan betul tahun ni.. asal ja umur aku meningkat..tetiba ja aku kena berkunjung ke sini. Kiranya..dalam bulan Feb, 3 kali aku ke sini. Kali pertama..aku tampal gigi.. 1 minggu kemudian..aku ke sini kembali..gusi tu bengkak.Doktor nasihat suh aku cabut. Tapi aku dengan senang hatii. cakap..tak pa dok..tak yah cabut..ok lagi nih. Dok pun tak nak bertengkar ngn aku..jadi hari isnin lepas.. aku kembali ke sini. Dok senyum ja tengok..siap tanya.. " macam mana , dah buat keputusan nak cabut ?" hehehehehehhe... tersengeh panjang ja aku.
" ok dok, saya ikut cakap dok ".
Debaran hati aku ..dup dap dup dap..dok dah spray ubat kebas...wah..berperisa strawbery la...pastu...entah berapa minit yg pantas..dok inject gusi aku..adeh..macam tercucuk tulang ikan. Lepastu..aku mula rasa lidah aku dan kawasan sekitar dah membengkak . Dah tak rasa apa- apa dah.. Dok pula suh aku relaks jap..nak telan air liur pun susah maa.. Kemudian.. dok muncul kembali..pastu..ada  pembantu dok pegang kepala aku pula. Huwaaa...makcik dah gabra... peluh dingin beb....
Pastu..dok tanpa segan silu..tak minta kebenaran aku pun..dia injek lagi kawasan sekeliling gusi tu.. dan..dia dah tak tunggu lama.. penyepit aneh tu dah dimasukkan ke dlm mulut aku.. waaa....
Pastu... aku nampak..dok dah bawa keluar gigi gaham besar aku tu..wuihhh...besaqnya gigi...
Laaa...rupanya tak sakit pun.... aku tak rasa amenda pun..tetiba nampak gigi dah ada kat depan mata. Siap dok pesan lagi..kalau nak simpan gigi ni.. rendamkan dalam clorox semalaman..esoknya pasti bersinar macam mutiara.. Hahahahahha.. ayat dok tak leh tahan. Kalau jual laku tak dok ?
So.. tamatlah kisah ngeri aku di bulan Februari 2012..
Sekian..

Tuesday, March 6, 2012

Kedai ni jual apa ibu ?


Di suatu petang yang hening..ketika aku menunggu encik suami mencucuk dinding bank itu ..

DANISH : Ibu, kedai ni jual apa ?

IBU         : Danish bacala apa yang dia tulis kat kedai tu ( sambil tunduk melayan Firas )

DANISH  : Danish dah baca.. tapi tak faham la ibu...

IBU          : Cuba Danish baca kuat-kuat.. ibu nak bagi adik makan buah ni..

DANISH  : Dia tulis dia jual Hoe dan ubat la ibu... Hoe tu apa ? Danish tak pernah dengaq pun.

IBU          : ( Automatik mengangkat kepala dan mencari kedai tersebut ) Ha, jual Hoe ?

DANISH  : tu cuba ibu tengok.. Perniagaan Fook Seng Hoe dan Ubat.. dia jual hoe dan ubat .

IBU          : Hehehehe..... ( dalam hati..aha, macam betul jugak kata Danish ni.. ) tak la..dia jual ubat ja.

Danish      : kalau jual ubat.. sebab apa dia letak DAN ?

Seperti biasa... ibu cuba menjelaskan maksud perkataan tersebut. Walaupun sebenarnya ibu sendiri dah mula terkeliru dengan ayat tersebut. Danish tetap tak puas hati..  dengan persoalan last apabila aku terangkan maksud perkataan tersebut " iya ka ibu ?" ( ayat apabila dia rasa ada yg tak kena).

Nufnang