Thursday, May 19, 2011

Truffle Strawbery






Inilah Truffle Pertama aku. Berjaya juga disiapkan. Di atas adalah bahan-bahannya..tetapi..aku
terlupa nak letak kek gulung kat situ. Cara yang aku gunakan cukup simple..



Bahan A



Tepung Kastard

Telur ayam 2 biji (ambil kuningnya sahaja )

Gula... terpulang pada korang..nak manis..letak la lebih..

Air Buah dari tin buah peach tu.

Susu Cair ( letak pun ok..tak letak pun ok )


Bahan B


Agar- agar jeli ( gunalah perasa apa yg korang suka )

Air panas (ikut sukatan yg diberikan pada kotak agar-agar jeli )
2 biji Kek Gulung ( potong mengikut citarasa masing-masing )

Buah Peach ( boleh diganti dgn buat lain yg korang suka )


Cara -caranya

Campurkan tepung kastard dgn air..( sukatan air aku ikut pada paket tepung tu ja ). Masak di atas api..sambil kacau key..pastu masukan gula,telur ayam , susu cair dan air buah . kacau sehingga tepung kastard menjadi pekat dan agak berkilat. Jika korang taknak tepung tu terlalu pekat..boleh masukan air.Selepas masak..tuang di dalam acuan yang korang inginkan. Aku letak dalam tray dan bekas dadih.


Sementara itu , cairkan agar-agar jeli di dalam air panas..kacau jer.. Tetapi..sebelum korang tuang agar-agar jeli di atas tepung kastard tu..susun kek yg telah dipotong dan buah peach tu di atas tepung kastard sesuka hati korang. Setelah semua disusun..tuang jer agar-agar jeli tu di atas susunan kek dan buah peach. Sejukkan dan boleh dimakan. Dihidangkan bersama susu cair..


Fuh..akhirnya siap juga truffle yg cukup mudah dan simple untuk dibuat. Rasanya amat best.

Monday, May 16, 2011

Kek Terbanyak - Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis







Esok 17 Mei 2011 merupakan hari kelahiran Raja Perlis. Bersempena dengan itu salah satu keraian yg diadakan adalah menyediakan kek terpanjang. Kek-kek tersebut disediakan oleh jabatan - jabatan kerajaan dan dikumpulkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis. Seperti biasa..kami dari JPPH Perlis menyerahkan hal membuat kek ni kepada Otai kat sini. Iaitu kak milah..maka..inilah hasilnya..2 bijik kek fondant.. Amat cantik..dan kemas.


So..esok..hari selasa dan rabu kami akan bercuti. Kengkawan jangan jeles keyy...

Monday, May 9, 2011

Google Translate

Wow...aku baru terjumpa benda nih..best-best. Korang perasan tak kat sebelah kanan page aku ni..atas sekali tu... ada google translate... Best tau....kalau ada sesapa yg tersesat kat blog aku nih..dan tak dapat nak fahami celoteh aku ni..bleh la klik apa bahasa yg korang nak.. Benda nih pun aku terjumpa masa aku ronda-ronda ke blog rakan yang menjengah ke sini iaitu cik shida. Terima kasih cik shida atas info yang diberikan http://duniakushida.blogspot.com/ . Jadi..kepada kengkawan yang belum ada link tu..bleh masuk sini.. http://translate.google.com/translate_tools
so..selamat mencuba... ( sebenarnya..bila benda nih dah translate..bahasa yg kuar agak kucar kacir..tapi still leh paham.hahahahha...aku suka..)

Friday, May 6, 2011

Nasi Carrot & Dummy Kek

Ini Dummy Kek yang disediakan oleh Kak Milah. Kak milah ni kira Otai gaklah kat perlis ni dalam hal-hal buat kek. Blog dia sedang diubah suai..nanti dah siap..korang bleh tengok..memang semuanya cun-cun. Dia juga merupakan salah seorang pengedar kueh raya yang fames..kalau kat bangunan persekutuan ni..sebut ja kak milah Taman Sena..semua kenal.
Kak Milah bermula dari tahun 1990 sehingga kini bermakna dah 21 tahun dalam hal membuat kek dan biskut raya. Biskut rayanya di bawah label NAJWA HOME COOKIES..Dia juga sedia menerima pelajar untuk kelas Fondant.So kengkawan yg berminat..bleh msg kat box aku tu.


Ini pula adalah jamuan untuk pagi ni , Nasi Carrot..ayam masak kicap..acar..Dalca dan juadah sampingan pulut bersama ikan kering.Kalau setiap hari mengadap benda nih..memang sihatla kami semua kat pejabat ni. Terima kasih kepada kak Miah di atas tajaannya..dan makanan ni pun dia yg masak. Alhamdulillah..rezeki di pagi hari.





Nasi Carrot


Wednesday, May 4, 2011

ISABELLA

Ah..baru petang kemarin aku habiskan RM 22.00 untuk membeli pemuas hati dan jiwa aku. Hari ini aku tergugat lagi. Aku telah berjaya menipiskan beg duit aku yg sedia nipis. RM20.90..bertukar tangan di Ground Floor bangunan Persekutuan ini. Kenapala diorang pandai sangat cari Port menjual tah. Aku memang tak boleh melihat buku-buku yang tersusun indah tu (kalau berselerak pun aku jengah jugakkk ) Apabila mata dah memandang..akal waras aku mula gelisah..di satu sudut..hati berkata...beli la..sebuah ja..tetapi...di dalam akal pula..menyuruh aku mengangguhkan dulu pembelian...buku itu pasti akan ada..jika habis..pasti akan diulang cetak. Tetapi..Nafsu aku berkata..baik aku beli sekarang...kalau lambat beli..nanti habis, lambat pula nak diulang cetak..kalau duit tak cukup..boleh ushar-ushar pada poket cik abang. Hahahahah... jadik pemenangnya adalah NAFSU AKU...Bila dah beli aku suka hatii..tapi budged akan lari..Huwaaaaaa...padan muka aku.

Isabella..adalah sebuah kisah benar seorang gadis yang mencari sinar Islam. Aku dah paste gambarnya dan rumusannya..korang baca la ya. Aku kena habiskan Sutera Bidadari terlebih dahulu..lepastu sambung Isabella...

Tuesday, May 3, 2011

Sutera Bidadari - Sebuah Ceritera Epik Thriller

Yessssssssssssssssssssss..................aku berjaya juga mencium bau mu wahai Sutera Bidadari. Setelah sekian lama ianya hadir di dalam mimpi-mimpi siang ku..kini kau bukan lagi sebuah mimpi. Berada jelas di mata aku.Rasanya seolah-olah aku harus mengambil cuti separuh hari agar dapat aku langsaikan hutang rinduku pada kehadiran si Saifudin.

Jumaat lepas aku dah meredah pekan kangar..mencari Novel ini..tetapi hampa..hari ini..hanya dalam temph 60 minit yang aku miliki..aku redah jua panas terik mentari di pekan kangar..yang penting aku segera miliki novel terkini Ramli Awang Murshid. Hasilnya amat memuaskan..seolah-olah hati aku ingin melonjak keluar dari rangka tubuhku apabila novel ini kelihatan tersusun indah di rak kedai buku kat The Store. Ok..aku tak harus berceloteh panjang di sini..aku harus segera habiskan tugasan pejabat ..agar dapat aku tenung novel ini dengan lebih awal. Moga aku tidak diganggu dengan segala macam dugaan ketika aku cuba berada di sisi saifudin untuk meneliti perjalanan hidupnya yang seterusnya.Chaiyoookkk !!!!

Nufnang