Monday, January 10, 2011

ALHAMDULILLAH...

Abang danish dah tak sabar nak jumpa Baby..

haa...masa ni bersedia nak menyerah diri kepada doktor..sihatnya ibu.


Syukur pada Ilahi..segalanya selamat walaupun pada saat-saat kelahiran yang semakin dekat kami dihantui oleh bencana banjir.Hari ini 10/01/2011 hari pertama aku kembali ke pejabat.Biarpun setelah dua bulan berlalu..namun detik-detik cemas,risau dan mengembirakan tetap tersemat kukuh di hatiku. Kelahiran Muhammad Izz Firas memang amat dinantikan oleh kami sekeluarga.Maklumlah..Danish dah pun berusia 6 tahun..jadi kelahiran Firas seolah-olah kelahiran pertama.

Paling mengembirakan aku adalah doa aku dimakbulkan..biarpun pada saat-saat akhir aku seolah-olah akan dibedah jua. Namun berkat doa dari ibu,suami dan keluarga..semuanya selamat.Memang amat berbeza kelahiran normal dan Caserean.

Ketika menghampiri tarikh 10/11/10..perlis dan kedah masih digenangi air.Jalan untuk ke negeri kedah juga terputus. Aku dan suami mula gelisah..risau sekiranya aku sakit dan kami tidak dapat ke hospital. Namun syukur..pada 10/11/10..air telah mulai surut.Jalan utama ke kedah boleh dilalui semula. Jadi pada 10/11/10...aku pun dengan rela hati pergi menyerah diri pada Doktor.Perasaan masa tu..tak tahu nak cakap..gembira sebab nak jumpa Baby..takut sebab aku akn cuba bersalin secara normal dengan kaedah memasukkan ubat pencetus kesakitan.

Aku melalui tempoh melahirkan yang agak panjang.Aku masuk labor room jam 7.30mlm..kul 11.36 mlm baru selamat semuanya.Memang penat dan menyakitkan..tapi apabila mendengar tangisan pertama baby..segalanya berubah.Tiada lagi kesakitan..hanya rasa kesyukuran yg bersemi di hati.




2 comments:

Ibu Ayra said...

bersalin normal ke akka? induced ekk? apa pun, alhamdulillah semuanya selamat...baby pun sihat...

mela said...

aha la kak ros...normal..tapi induce.memang sakit arr.Akka tak tahu cam mana sakit tanpa induce.so..tak dapat nak buat perbezaan la.

Nufnang