Hari Isnin lepas aku ada date ngn makcik Maria (jururawat desa). Slumber betul ke klinik makcik Maria ni..sembang-sembang sambil tetiba dia cucuk jari aku..alahai..dah berdarah pulak.Makcik Maria sepertia biasa..meneruskan celotehnya sambil tangannya ligat mengambil darah aku untuk check HB.Almaklumlah..ni kan cek rutin..tak sampai berapa minit..mesin sukat darah tu dah siap berbunyi..dah kuar pun keputusan. "ish..biar betol..makcik tak percaya ni..." alamak..apa yg makcik tak caya ni ?aku dah mula gabra dah. "Wati...kenapa Hb kamu rendah sangat..kamu ni nampak merah ja..masakan HB cuma 9.4 ?"Alamak..dia kata aku merah la pulak..pastu..Hb cuma 9.4...aku pun tak caya.Aku dah makan Ibret..dah makan mkanan penambah darah..masih rendah la pulak."wati...makcik rasa nak ambil sekali lagi darah kamu tu..mungkin benda ni rosak ."Ooo..camtu ka makcik..."aku pun sambil tersengeh menyerah kembali jari aku yg telah dilukainya tadi..maka..dia pun mula la..memicit utuk mengeluarkan darah.Fuhh..banyak juga darah aku walaupun lukanya kecik saja.Sekali lagi darah aku di chek.."haa....kalini ada peningkatan..tetapi masih merah cuma 10.4 .Boleh makcik picit sekali lagi jari kamu wati?"haaaaa....nak picit lagi....alamak..darah dah berenti la makcik.Selepas di cubanya..memang darah dah tak nak kuar.Maka kat atas report kad aku tu..tertulisla..dengan warna merah..10.4 sahaja.
Jadi disebabkan Hb aku tak sampai 11.0..maka aku di rujuk ke klinik Simpang Empat untuk cek pengesahan sekali lagi.Dalam tempoh 2 hari..makcik pesan ngn aku..gi klinik simpang empat ya..sebelum aku balik..pjg nasihat yg dia bagi..jgn minum minuman bercafein..nanti Hb lagi rendah.Jadi..makanlah makanan penambah darah..setiap pagi dia suruh aku amik telur ayam 2 bijik.Tak kisah la nak buat sandwich ka..separuh masak ka..yg pasti..makan la telur ayam tu.
Maka..balik jer ke rumah..terus aku rebus telur ayam 2 bijik.Hehehe..sebenarnya memang peberet aku mkn telur ayam separuh masak.Masa aku kecik dulu..mak aku sampai sembunyikan telur ayam tu..kalau tak..aku asyik rebus telur atau makan mentah sahaja..tetapi..aku buang telur putihnya.Mak aku cakap..ayah tak beli telur ayam.hahahha...sian aku..kena tipu ngn mak la pulak.
Maka..dlm tempoh 2 hari tu..aku memang byk mkn telur ayam..mcm over pun ada.Hahahha...yg pasti aku suka.
Maka..dengan langkah berdebar-debar..aku pun ke Klinik Simpang Empat...dalam masa menunggu giliran tu..tetiba aku ternampak wajah yg aku kenali.Tetapi..dia agak keletihan dan tgnnya pula berbalut serta ada alat untuk tambah darah @ air tu.Tergejut juga aku melihatnya..sebab tak tahu pula dia dah mengandung.Rupanya..dia pun alami masalah macam aku...kandungannya dah 7 bulan..Hb nya tinggal 9.0 ja..jadi sebagai langkah keselamatan utk baby dan dia..ubat terpaksa di masukkan. Kasihannya aku tengok..dah la dia tu kurus ja..tak macam aku ni..semangat..anak sulung pun baru 1 tahun lebih..dan suaminya pula bekerja di Penang.Sedih aku tengok..Bila aku tengok terus timbul rasa takut.Aku mesti makan..tambahkan Hb aku.Dia terpaksa berulang ke klinik selama 3 hari..setiap kali ubat dimasukkan ..memakan masa sejam lebih dan agak menyakitkan.Kejap ja kami dapat berborak..nurse dah panggil nama dia untuk masuk ke bilik rawatan .
Hampir 1 jam aku menunggu..maka nama aku pun di panggil..Ha..kali ni ni darah aku di ambil kat lengan ..lebam dah lengan aku.Lepas dapat darah terus aku bawa ke makmal..dapat jer result..bagi pada nurse.tak sabar aku nak mengetahui berapa keputusannya..jengj-jeng-jeng..Hb aku naik 0.5 menjadi 10.9.Fuhh..nasib ada peningkatan..ada kemajuan juga aku mkn telur ni.nampaknya..aku akan meneruskan sarapan pagi dengan telur rebus separuh masak setiap hari...nyumm..sedapp..
Sebelum balik..seperti biasa ..nurse bagi nasihat kat aku.Katanya..aku kena tingkatkan Hb ni sekurang-kurangnya 11.0.Kalau Hb terlalu rendah..risiko paling besar adalah pada bayi..sebab Hb memain peranan membawa oksigen kepadanya.Kalau dia kurang oksigen..risau akan bagi kesan pada perkembangan otaknya dan menimbulkan masalah lain.Kepada ibu pula..risiko ketika proses kelahiran.Takut berlakunya pendarahan berlebihan.Jadi kepada ibu-ibu..makanla makanan berkhasiat..jgn risau kita berat naik sikit..nanti lepas bersalin..diet balik.Kalau kita elok slim ..tapi anak tak sihat..lagi kita susah hati. Semoga lepas ni Hb aku berada di tahap yg memuaskan.
2 comments:
akka baru ka makan iberet tu... kalau baru makan, insyaallah pasnih akan ok...atas 11...
akka dah makan 2 minggu lebih dah kak ros.Tu pasal nurse tu tak caya Hb akka rendah sangat.sebab dia kata kalau mkn ibret..mesti ok punya.takpa..akka akn jaga mkn..tak nak amik cafein selalu sgt dah.takut..
Post a Comment