Wednesday, June 9, 2010

Hamster & cats

Dulu memula beli 3 ekorja..disebabkan kes cemburu..seekor daripadanya mati dibunuh . Hal ni terjadi sebab hamster betina tu tak rela bermadu. Selepas dia berjaya membunuh pesaingnya..maka bermulalah era berumah tangga dgn pasangannya yg agak lemah lembut.Hamster jantan ok jer..tak ganas..senang ja nak pegang..tapi yg betina tu..silap haribulan kena gigit la jawabnya.
Rezeki mereka amat murah..dikurniakan 6 ekor anak yg amat kecik dgn warna merah yg cukup jelas.Disebabkan tuan hamster tu first time dapat cucu 6 ekor serentak..dia agak gabra..maka..dipegang-pegangnya cucu kecik tu.Konon nak ubah tempat bagi selesa. Si ibu hamster pula..bila mendapati anak-anaknya telah bertukar bau..ada bau yg pelik..dia telah membunuh semua anaknya.Semua anak kena makan.Masa ni kami dah ubah si bapak yg sopan tu ke tempat lain.So..memang sahla..si ibu yg membunuh mereka.
Setelah habis tempoh berkabung..si ibu hamster dan si bapak hamster telah dikembalikan hidup bersama.. maka..tak sampai sebulan..dia beranak lagi.6 ekor juga.Tempoh hamster bunting cuma 3 minggu jer.Sungguh cepat dan pantas.Jadi..belajar dari pengalaman yg lalu..tuan hamster tidak lagi menyentuh baby-baby kecik tu.Cuma si bapak ja yg dipindahkan.Rupanya..memang sifat si hamster..dia selerakkan anak dia merata kat dalam sangkar tu.Tapi bila time minum susu & time tidur..dia akan kumpulkan semua anak-anaknya.Alhamdulillah..kali ni dia berjaya membesarkan keenam-enak anaknya. Disebabkan ramai sangat cucu yg diperolehi..tuan hamster dah tak berminat nak bagi nama.Tak tahu yg mana satu.nampak sama ja...Rasanya lagi sebulan..tuan haster akan dapat cucu baru la pulak.Jadi..tuan hamster dah berjaya menternak hamster. Sapa nak beli hamster..call ya.hehehehehehe...
Tommy


Betty


Ini pula kucing kesayangan kakak dan abang ipar aku. Diorang beli kat mana tah..tapi memang gebu la. Setiap kali diaorang balik kampung..pasti kucing 2 ekor ni akan turut serta. Kucing 2 ekor ni macam suka sangat balk kampung..boleh ronda kat luar rumah..ushar sana..ushar sini..tapi tak boleh lalai sikit pun..pasti diorang hilang dari pandangan mata.Maklumla..sekali sekala balik kg..banyak benda diorang nak siasat. Kalau kat dalam umah pula..rata tempat diorang nak panjat.Nasib tak baik..adala hiasan yg akan pecah.



7 comments:

Ibu Ayra said...

akka dah jadi tokey hamster ekk? hehehe....

mela said...

hahahahah....tula..kalau lepasni asyik membiak ja..tahla nak buat apa banyak-banyak.gi jual kat kedai la kut.

Cheedah said...

pehh banyak gila akka..

pasni cuba2 la beli sugar gilder plak...cute...

mela said...

aha..sugar gilder tu memang comel..dia tak termasuk lam kawalan ka wei?pastu..air kencing dia bau kuat sangat tak?

Cheedah said...

daklaa dia bukan haiwan yg kena amek lesen....tak bau lah akka..kalau hang nak aku leh tlg belikan huahuahua konfiden ja perlis xdak juai sugar glider

mela said...

wuiihh..mahai gila.sepasang duk ada ratusan ringgit.kalau aku bela tak menjadi..mati rugi.Takpa..hang bela dulu..bila dia membiak..hang hadiahkan kat aku.hahahahaha..

Cheedah said...

xmo aku...sekoq 2rat lebih..baik aku beli kucing

Nufnang