Monday, June 21, 2010

Aku yg Cuai..

15 minit lagi tepat pukul 5 petang. hari ni nak kata aku sibuk sangat tak juga..cuma takda masa yg terlalu panjang untuk aku celoteh kat sini.Jadi masa yg ada ni aku gunakan utk update apa yang patut.
En.Haffiz dah 3 hari kat USM..mewakili UNIMAP dalam acara Dart.Dari berita yg aku dapat semalam UNIMAP menang tipis dengan Universiti Tentera Malaysia. Kemenangan cuma 7-5. Petang ni pasukan UNIMAP akan bertemu dgn kumpulan Dart dari UMS . Semoga mereka berjaya mengharunginya.
Dan aku pula..bila en suami tiada disisi..terasa sunyi la pulak..isk..isk..sedih kena tinggal.Dan pagi tadi aku menumpang Cik Fadzlina untuk ke pejabat.Dah 3 hari aku lepak kat umah mak aku.Bak kata kwn aku si Ejon..time suami takda kat umah la dapat pakej percutian kat umah mak ayah sendiri.Bukan senang nak dapat pakej ni..kiranya aku bertuahla..dapat pakej yg pjg ni. Pagi tadi..ayah aku yg tolong hantarkan aku ke ke rumah cik Fadzlina .Entah macam mana..apa tah yg aku kalutkan..masa sampai kat tempat aku nak tunggu cik Fadz ni..aku leh terjun dari kereta ayah aku. Maklumla..aku ni kan spesis comell gitu..jadi kaki tak berapa pjg nak turun dari Frontier tu.Bila aku jejak ja tanah..adoila...sakit perut aku.Camna lah aku leh lupa aku ni ngndung. Jadi selepas aksi terjun dari frontier tu..aku asyik memegang perutja..Terasa tak selesa dan sakit kat perut. Baby aku pulak diam ja..selalunya dia yang sibuk di waktu pagi camni.Aku rasa susah hati juga..kenapa la BB diam..dan kalau aku gerak banyak..terasa sakit kat perut.
Puas aku panggil BB..alhamdulillah..akhirnya dlm kul 2 petang tadi aku rasa dia gerak cam biasa.Gamaknya BB pun terkejut ngn aksi aku pagi tadi.Tersentak dia kat dalam perut. Rasa sakit kat perut ni still ada..tapi takla macam pagi tadi. Mlm ni aku balik rest..hope esok semuanya ok.
SO..dah semakin hampir jam 5 petang.Sebenarnya masih ada satu keja yg aku tak buat.Upload utk pertanyaan status kes kat web jabatan.So..adios...Rindu en suami la...

5 comments:

Cheedah said...

apalaa akka nie hehe

Ibu Ayra said...

akka, lain kali hati2... ishhhh....

mela said...

itula...akka lupa..tah..sebab rasa dah lewat...tu pasal jadik camtu.Tapi pagi ni dah ok..terima kasih ya ceedah dan kak ros.

Cheedah said...

akka xnak g tgk wayang eclipse kah?

mella said...

mak aiiihh~~~ dangerous toi la kawan nie...!!

be careful kak~~

Nufnang