Thursday, February 17, 2011

Maulidur Rasul



Esok satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432h akan di adakan di Banguan Persekutuan Kangar. Majlis akan bermula dari jam 3.00 ptg sehingga 4.00 petang. Tajuk ceramah adalah Rasulullah dan penceramah yang dijemput adalah Ustaz Hashim B. Othman Al- Hafiz. Ustaz Hashim dah banyak kali bagi ceramah kat pejabat kami..dan kami pun sukakan cara ceramahnya. Ceramah yang bersemangat dan diselang seli dengan nyayian nasyid ataupun zikir dari dirinya sendiri. Ustaz Hashim dianugerahkan suara yang mampu menyentuh hati setiap kali dia melafazkan zikir atau ayat suci ataupun nasyid. Jenaka yang diolah semasa berceramah juga amat membantu para pendengar agar tidak khayal atau lalok dengan pujukan syaitan.

Tetapi..dalam bestnya..ada juga yang tak best. Sebabnya kami adalah AJK majlis tersebut. Jadi..nak atau tak nak..aku la yang kena bertanggungjawab untk memasang laptop dan projektor yang akan digunakan esok.Sebelum ini pun aku penah juga buat benda nih. Disebabkan Majlis dibuat di Ground floor bangunan persekutuan ni..maka ramaila umat manusia yg akan hadir. Aku pula..pasti selagi majlis belum berakhir akan merasa debarannya..risau sekiranya majlis terganggu kerana masalah projektor ataupun laptop tu. Pagi ni juga aku dah download beberapa selawat dari utube untuk paparan sementara menunggu majlis berlangsung esok. Harapan aku semoga alatan yang aku gunakan esok tidak membawa sebarang masalah yang boleh memalukan aku dan juga nama jabatan. So..sekian dahulu dari seorang yg sedang risau.

Monday, February 14, 2011

Baru dapat kad AhLI

Pagi tadi..sampai ja depan bangunan persekutuan ni..terus aku diterpa perasaan susah hati. Alamak..takda letrik laa...apa dah jadik pada server aku..pada modem-modem yang sentiasa berkelip-kelip tu? Adakah UPS server tu masih mampu menampung bekalan tuk server-server tu ? dalam hati aku berdoa semoga semuanya masih hidup..agar aku dapat shutdown sistem dengan lemah lembut.Takdala nyawanya di sentap secara tetiba yang boleh membuatkannya pening atau terkena sakit sawan nanti. Malangnya..semua telah terlambat. Suasana di dalam bilik server gelap gelita..tiada lagi kerlipan indah dari modem yg mengembirakan hati kakitangan lam ofis ni.Jadi..yg mampu aku buat..tunggu letrik ada la.Lepastu..kita tengok apa yg jadik. Lebih kurang jam 9.00 pg camtu..baru letrik kembali .Bila ja letrik on..benda pertama aku buat..serbu bilik server la. Bila aku buka ja pintu..ok..ada bunyi..mereka sedang berinteraksi sesama mereka..Aircon pun mula menarik nafas..dan aku...menarik nafas lega bila semua sistem kembali kepada keadaan normal.Jadi..pagi ni kami memulakan kerja selepas berpanas seketika.
Petang jumaat lepas..aku gi test duit aku kat kangar..rupa-rupanya laku la pulak.Jadi disebabkan duit aku tu laku...maka aku pun gi gerai Nona Roguy kat bangunan mara tu. Seperti biasa..aku perlukan ubat aku Phytonatal yg hampir habis.Jadi aku pun bertanyala " dik, borang keahlian Nona Roguy tak sampai lagi ka ? dah lama akak masuk..tapi belum dapat kad ". " Aha, borang dah sampai la kak..tapi kak kena tambah lagi RM5, sebab sekarang keahlian RM15..bukan lagi RM10 macam dulu".. Aikkk..aku dah pelik..aku masuk keahlian semasa dalam pantang lagi ( 3 bln lepas )..sepatutnya..aku dikira sebagai ahli lama la..dengan kadar bayaran lama juga, jadik kenapa nak kena tambah pula.sedangkan masa aku masuk ahli dulu..diorg yg takda borang..Bukan salah aku. Disebabkan time tu aku menumpang kawan..jadik..aku dengan segera mengeluarkan RM5 lagi..walaupun dalam hati aku protes.Kalau aku cakap banyak..tentu lagi lama kengkawan aku terpaksa menunggu lam kereta tu. Jadi..dengan sedikit protes di dalam hatii.aku pun dapatla benda-benda tu. Sekeping kad keahlian NR dan pemplet (betulkan..panggil pemplet?) berkenan informasi produk.Disebabkan keahlian seumur hidup..aku halalkan lah RM5 lagi tu. Yang penting, aku senang nak membeli di mana-mana pun apabila dah ada kad ahli ni. Kalau tidak aku terpaksa ke gerai yg sama..sebabnya aku belum ada kad.
so pagi nih..aku makan ubat dari botol yg baru..rasanya tetap sama.heheheheh...

Friday, February 11, 2011

Kasut pertama Firas

Comel tak kasut ni ? Pertama kali aku pandang..terus berkenan. Sebenarnya..tujuan utama aku gi the store nak beli hadiah baby tuk sedara aku..last-last aku yang terperangkap dalam godaan nafsu. Kalau kasut utk baby girl lagi comel dan meriah.
Sebelum beli aku cuba menafsirkan..apakah sebenarnya rupa kasut ni ? adakah rupa sepasang hamster ? tikus ? atau kucing ?ada kawan aku cakap macam tikus..apapunn asal diorang tak tafsir sebagai ropa anjing dah la..
Minggu lepas semasa sepupu aku kawen..aku pun pakaikan Firas ngn kasut ni. Nampaknya Tok Ayah terkejut melihat kasut yang tak seropa kasut ni. Hehehehe...hairan dia bila nengok ada telinga kat kasut. Tok ayah..inila kasut zaman millenium.hahahahaha...

Thursday, February 10, 2011

penat edit maaaa....

Harini genap sebulan aku bekerja..dan genap usia Firas 3 bulan. Sepanjang 3 bulan dia bersama kami , dia benar-benar membahagiakan. Firas merupakan anak yang mudah dijaga. Alhamdulillah, semoga dia menjadi anak yang baik, membesar dengan sihat dan bersyukur menjadi zuriat kami.
Hari ni juga entahla angin apa yang kena kat aku ni..aku terajin pula mengedit blog ni ha.try tukar design dan sebagainya sehinga akhirnya paparan error muncul.hehehehe...aku dah salah edit HTML. Nasib aku dah backup semua...Tapi aku belum puas hati lagi nih. Nanti bebila aku free sikit..aku harus mencuba lagi. Harini tak sempat nak bagi sepenuh perhatian kepada benda ni.
Hari ni juga dalam sejarah..pertama kali aku join giveaway. Aku sesaja ja pagi tadi round kat blog kengkawan tetiba terjumpa giveaway kat sini. http://zanmyly.blogspot.com .cara penyertaan amat mudah..letak link ja..maka..aku pun tanpa segan silu ..terus letak ja adress blog aku ni. Mana tau..rezeki pertama kali masuk giveaway ni.
So..sekarang dah hampir pukul 4 petang..ada kerja yang perlu aku selesaikan. Esok aku pikir nak update apa pulak ya.OOO...esok jumaat..hari untuk aku melawat kawasan ..agak-agaknya laku tak duit aku kat pekan kangar tu ya?

Tuesday, February 8, 2011

Mata Aku Sakit !! Hati aku Perit !!!

Kotornyaaaaa....

camna nak cuci nih

Fuhh...siapla aku menyental

Hari ini hari yang amat sibuk...dari pagi hingga ke petang dipenuhi dengan mesyuarat. Sebelah pagi Mesyuarat KESUPEN. Memang menjadi kebiasaan ,mesyuarat KESUPEN ini agak panjang dan agak panas. Hari ini pun agak panas..jadi best jugak sekali sekali ada suasana panas cam ni. Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari..sekitar 12.15 tgh, acara bersambung pula kepada majlis perpisahan buat adik-adik praktikal dan perpisahan Puan Zukima ke INSPEN & Puan Ramlan ke Pejabat Pesaka. Majlis bersambung semula pada jam 2.30 ptg dengan Mesyuarat PEKIP. Pada mesyuarat PEKIP tiada isu panas sangat..jadi kami yang bukan AJK nih banyak menghabiskan masa dengan mengambil gambar sesama sendiri...kekadang sehingga lupa diri..dah tak heran pada pengerusi majlis kat depan.Jam 4.00ptg macam tu..tamatlah isu mesyuarat hari ini.
Sebenarnya aku bukan nak cerita hal mesyuarat tuh...itu sekadar pembuka kata ja.Sebenarnya..aku nak cerita hal anak teruna aku. korang mesti masih ingat berkenaan kisah baju dan kasut sekolah danish tu. Hari ini aku nak tunjukkan buktinya. Korang semua leh tengok bajunya..itu adalah baju yang dipakai pada hari isnin bersamaan 07/02/2011. Petang tu bila aku sampai kat umah..dah siap nak tengok TV..mak mertua aku tegur. " Mela dah tengok baju Danish ?"..terus aku terdiam..dalam hati dah terdetik..mesti dasyat lagi ni . "Mela tengok tu..petang tadi masa mak ambil dia dari sekolah..bukan setakat baju bertukar warna..tetapi muka dan tangannya juga, dipenuhi arang dari jerami padi ". Maka aku pun dengan tenang hati mengambil baju Danish dari bakul..mak ai...memang ngeri aku tengok.dapatkah aku menanggalkan semua kotoran ni ?.Dassatt...korang nampak tu bertapa hitam dan kelabunya baju dia. Kat dalam gambar ni nampak cam ok lagi..tapi..jika dilihat dari nyata..memang amat dasyat. Bila aku tanya apa yang terjadi..jawapannya.."entahla ibu... Danish tak perasan la..." adoi...sakit jiwa aku bila mendengar jawapan slumber camtu. Danish..Danish..bila la agaknya dia akan bertukar menjadi budak lelaki macho ni?

Monday, February 7, 2011

Cuti yang panjang..demam yg datang

Bestnya cuti..nikmatnya duk rumah..kalaula cuti tahunan aku banyak..mahu ja aku sambung lagi.Minggu lepas aku hanya bekerja pada hari isnin. Hari selasa aku MC, hari rabu ambik cuti sebab belum sihat sepenuhnya, khamis & jumaat cuti tahun Baru Cina..sambung sabtu dan ahad.6 hari lepak bersama anak-anak dan suami.Penuhi undangan kenduri kawen, kenduri cukur jambul dan kenduri kesyukuran. Itu pun ada 1 gi kenduri cukur jambul yg aku tak dapat hadiri iaitu kat umah Asu Ija..sebab demam. Maafla ya Asu..
Hari ni masuk keja dah 7 hb..maknanya..aku cuma ada 3 hari lagi tempoh masa untuk menghantar semua data ke ibu pejabat. Tapi bila aku check..banyak lagi data yg belum dapat maklumbalas dari kakitangan lam ofice ni.Terutamanya beban kerja kakitangan pegawai. Bila nak kena call dan minta dari pegawai yg buatkan aku berat mulut sikit nih. Maklumla..nak meminta dari pegawai yg lebih tinggi kan..terasa kerdil ja diri.nanti kalau aku minta..terasa cam aku over pula..tapi kalau aku tak minta..jawabnya sampai bebila pun data ni tak siap. Data lain..ok takda masalah sebab aku boleh RUN dari sistem dan ekstrak dari situ ja. Spesifikasi output pun kena minta dari org kewangan..tapi yg ni ok..sebab org kewangan sama lavel ngn aku ja. Jadi..takda la macam aku ni over dan melawan tokey pula .
So..setakat ni sahaja catatan terkini..aku harus habiskan apa yg belum habis. Arghh..tekak masih sakitt..

Nufnang