Friday, January 19, 2018

SAMBUTAN HARI KELUARGA JPPH PERLIS 2017 - RUMAH TETAMU UNIMAP KURONG TENGAR PERLIS

Harini 18 januari 2018 .. jadi.. jom..kita berpatah balik ke belakang... 3 bulan dari sekarang...
Tara !!!  27 Oktober 2017 kembali menjelma..
Huishhh.... jauh sungguh tertinggal ETS.. dah basi busuk cerita pun.. tapi..tetap nak update.. sebab kisah macam ni..setahun sekali ja berlaku.. itu pun... itupun kalau persatuan banyak DUIITT.. Duit tara.. jangan berani cakap ar.. verangan sahaja dibenarkan.. sebab verangan adalah percuma... hahaha...

OK.. kembali ke Isi -Isi  penting.
Majlis berlangsung dari 27 Oktober  - 28 Oktober iaitu kalau mengikut kalendar orang puteh.. jatuh hari Jumaat dan sabtula.
Tempat yang terpilih tahun ni.. Rumah Tetamu UNIMAP  Kurong Tengar Perlis. Tepi laut beb.. boleh mancing.. 
Objektif tahun ni..  Mengumpulkan semua staf dan ahli keluarga untuk menambahkan keakraban , keeratan , kekuatan, kesatuan.. dan apa-apa lagi yg berkaitan dengan kekeluargaan.
Syukur..objektif tercapai.. cuma 2 orang staf yang tak dapat hadir.. atas sebab musabab yang memang tak boleh nak elak. Jadi..frust menunggunung di tepi kaki Bukit Lagi Kangaq la jawabnya..
 Memula..jom layan gambaq rumah tetamu dulu.. satu malam..cuma RM 63.60 sahaja.

Sebenarnya kan.. rumah aku dari sini.. tak sampai 5 km pun.. tapi.. aku tetap lepak sini... wakaka.. kalau aku tak ambik peluang ni.. takan sesaja aku nak menyewa plak kan. Saja cari bahan kena kutuk ngan geng jela. Disebabkan ada alasan... maka leh lah aku tidur semalaman di sini. 
 Semua 2 tingkat.. aku ambil tingkat atas, sebab hero -hero aku cakap..diorang suka nak duk atas.. Tapi kalau ada anak kecik..aku syorkan korang ambil tingkat bawah jer. Tu pun masih ada 3 anak tangga. Memang bleh senaman naik turun tangga la..


Kemudahan dalam bilik pun ok.. sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tandas pun di dalam bilik..jangan risau.. siap ada air panas.1 katil Queen, tapi lantai..masih luas.. boleh tidur atas lantai tu.. setiap bilik ada aircond ,Tv dan peti sejuk kecil .
Disebabkan rumah tetamu ni di tepi laut... jangan lupa bawa semburan racun serangga..


Inilah lautnya.. dulu..zaman aku masih muda mudi.. ada pantai di kawasan ni. Tetapi.disebabkan faktor hakisan, pasirnya dah terhakis dan digantikan dengan batu besar ni..untuk elakkan hakisan yang lebih teruk.
Kalu korang rajin.. jalan lagi ke hadapan.. boleh nampak laut luas..
Laluan bot dan sampan kecil untuk nelayan.. Boleh memancing sampai bosan..
Hari Jumaat 27 Oktober..
pagi-pagi..kami dah mulakan gotong royong.. sesapa yang kurang sibuk..dipersilakan bersama AJK makanan..untuk buat persediaan awal. Malam nanti.. kami akan 
ber BBQ. Semangat semua.. perap daging ayam, perap daging kambing, bungkus kerang dalam aluminium foil.. nanti senang..main letak atas api jer.. 
Aku.. plak..dah menjadi adat.. tiap tahun.. AJK hadiah. Asal hadiah, akulah calon membelinya. Jadi..2 minggu sebelum majlis.. aku dengan team dah mulakan operasi merisik hadiah. Tahun ni..hadiah paling best.. microwave. Pergh.. ramai yang berkenan.. yg menarik lagi.. vacume cleaner, set periuk cun melecun  MENANG.. bleh masak terus atas api.. karpet.. dengan saiz yg maksimum.. jadi.. aku cakap..hadiah memang best. Nak hangkut dari pejabat ke Rumah tetamu pun dah jadi satu hal..sebab takder lori. Kalau ikut hati aku.. nak ja aku beli set dari kedai perabot tu.. nasib aku sedar diri... tak daya nak mengusung ke sana ke mari. 
Jam 5.00 petang.. kami check in di Rumah tetamu. Maka bermulalah sesi persediaan untuk BBQ. Lepas Maghrib.. dah boleh makan. Memang sedap.. juadah pun banyak.. AJK BBQ .. tahun depan boleh lantik lagi..

28 Oktober 2017 hari sabtu

Pepagi lagi dah terpacak di khemah untuk sarapan. Sarapan pagi.. nasi lemak, roti bakar kueh mueh.. teh tarik dan kopi O , jadi.. AJK sarapan pagi.. tahniah.. 

Masa aku nak update blog family day ni.. puas aku mencari kemana hilang gambar yang beribu-ribu lemon tu. Entah sapa yg sabotaj. Tinggal gambar yg aku ambik sendiri ja.. Folder gamabar di dalam PC library dah lesap.. sedangkan gambar itulah aku nak pilih dan hantar ke HQ untuk laporan tahunan. Kena cari tok bomoh menilik lah camni...kekeke..

Sambung kembali.. lepas sarapan.. bermulalah aktiviti pertama...

Aktiviti pertama.. senaman Taichi
macam-macam gaya ada.. . semua enjoi. Besar, kecil, tua muda.. bersama- sama bertaichi.
aku... aku lepak tepi ja.. sambil buat-buat sibuk ambil gambar..

Ni gaya Taichi atau bersilat ni ? ker gaya jirus angin dari Goku  Dragon Ball ?
Nun di hujung sana.. Tok guru Taichi.. Uncle Chun nama diberi.

Si Badut.. 
Dah 2 tahun berturut -turut kami menjemputnya ketika sambutan hari keluarga. Sebenarnya Si Badut ni banyak meringankan urusan kami ketika majlis berjalan. Semua kanak-kanak dari usia 4 tahun.. dikawal olehnya. Dengan silap matanya.. belon ajaibnya yang pelbagai bentuk.. jadi.. mak bapak lebih mudah nak enjoi dalam sukaneka. Tak percaya.. korang boleh cuba.. Mak bapak pun sebenarnya terhibur dengan magic si badut.. maka majlis berjalan dengan aman bila anak-anak kecil tak merungut kebosanan.. 


Acara Seterusnya untuk mak bapak.. Pancing Botol.
Ketaq tangan woo.. terutama bila angin kuat bertiup.. Lepastu geng asyik jerit.. CEPAT !! CEPAT !! WOII  CEPATTT!!!..nak ja aku lempar terus pancing tu... stress... hahaha..

Bowling Kelapa
Nampak cam mudah... buah kelapa tu dah la macam ada segi segi.. aku baling ke tengah..ke tepi juga yang dia nak pergi. Selepas habis semua buat balingan.. sedih plak aku tengok buah kelapa tu.. hancussss... Botol air yang jadi pin plak.. masih maintain.. hahaha.. jarang sangat yang mengenai sasaran.

Acara Kanak-kanak 

2- 4 tahun.. kutip bola pimpong.. sesangat comel..
5-7 tahun... bawa bola dalam sudu
8-10 tahun.. isi air dalam botol dengan menggunakan span
11-12 tahun.. baling bola pimpong ke dalam bekas biskut.. 

Ni yang sedih.. gambar kanak-kanak comel tu semua lesap.. 
tapi..nanti kalau aku berjaya menemui folder gambar kekanak kecil dengan acara diorang.. aku pasti upload di sini.
Gambar hadiah-hadiah yg aku beli pun tara.. habis bukti kerja kerasku mencari hadiah..
hishh.. sapa la yg ainaya folder gambar ni.
Keluarga Besar Kami

Tahun 2017 .. tema kami purple.. Sangat cantik dan ceria..
Untuk rekod.. tahun ni aku menang semua acara yg aku masuk..horeyy.. rezeki si pencari hadiah..alhamdulillah..
Cabutan bertuah.. aku dapat pengisar.. tetapi aku minta tukar suka sama suka.. aku nak tikar buluh yg cun tu.. masa cari hadiah..aku dah aim dah tikar tu.. akhirnya menjadi milik aku juga..

Kalau korang datang Perlis dan nak lepak dekat dengan laut..serta nak makan ikan bakar di Kuala Perlis.. boleh cuba menginap di sini. Jarak ke Kuala Perlis pun dekat sahaja.. Petang -petang boleh lepak di seagate  Kuala Perlis.. Banyak kedai makan di situ.. kalau musim cuti sekolah.. boleh jem jadinya. Lepastu.. boleh terus makan Laksa Kuala Perlis.. Banyak kedai yang boleh dipilih. Nak balik..jangan lupa beli belacan Perlis. Kalau korang terus susuri laluan tepi pantai menuju ke arah Sungai Baru...korang akan jumpa kedai ikan kering, dan banyak lagi tempat memproses belacan.. boleh beli terus dari diorang. Pekasam pun banyak.. samada pekasan ikan laut atau ikan air tawar.

Satu lagi aku nak habaq.. kalau korang datang perlis dari bulan Februari hingga Oktober 2018 ni.. pastikan korang menyusuri pantai untuk melihat Ikan Lumba-lumba Putih atau nama sintifiknya
Sousa Chinensis . Ikan ni bergerak secara berkumpulan , antara 30 hingga 50 ekor. Rezeki aku.. di suatu petang, balik kerja..sesaja ikut jalan pantai..dan ternampaklah sekumpulan ikan ni.. wahhh.. riuh rendah dalam kereta..padahal aku ngn laki aku jer pun . Bukan senang nak nampak ikan ni.. Selalunya ikan ni berada di sekitar Pulau Batu Layang .. dekat dengan kuala sungai baru dah.. Jadi.. apakata..kalau dah sampai sini.. trylah mencuba nasib.. boleh nampak ikan ni live depan mata..dalam kumpulan yang banyak... rasa kagum dengan ciptaan Allah. Lepastu..adalagi.. tunggu matahari terbenam.. nikmati suasana petang melihat bot-bot nelayan kembali ke daratan.. rasai kedamaiannya.
Perlis Indah Lagi Permai.. 

Jadi.. sekian laporan hari keluarga utuk tahun 2017 .
Insyaallah .. moga ada rezeki untuk tahun seterusnya.

Kalau korang nak booking  hubungi
Encik  Husairi 04-9798136 ..  call waktu Office hour .

No comments:

Nufnang