Aku nak update hal kerja pulak.. boleh aku jadikan sebagai rujukan sendiri dan kawan-kawan yang mencari. Bila HQ cakap, akan ada PC baru yang di hantar ke cawangan..OK.. aku Happy..dan kengkawan pun happy..tapi sebenarnya dalam hati aku..aku dah set..siapla aku.. kalau dapat pc baru..karenah pun baru..dan aku harus mengenali pc baru secepat yang mungkin supaya aku tak sakit kepala lelama.
Kat sini kami menggunakan static Ip Address, jadi..setiap pc dah disetkan dengan ip sendiri..tak seperti Dynamic IP Address yang mana akan assign IP baru setiap kali user log in ke pc.
Seperti yang di duga..ujian pertama.. 'Unidentified Network' ...ah..semua PC belagak..tak nak berkenalan ngn network ofis pulak.. jadi.. masalah pertama yg aku dapat kesan..kerana Antivirus.. jadi.. untick mana yg patut..terutama berkaitan network . Dan ni juga bergantung jenis Antivirus yg digunakan. Utk PC baru.. kami dibekalkan dengan Antivirus Kapersky. Satu lagi yang dilindungi adalah Web protector..yg ni pun kena disable. Ok..bagi pc yang tak banyak ragam..bila buat macam ni..masalah dah selesai..dah nak bermesra dengan pc lain lam ofis ni.
Tetapi..ada juga yang degil..so..apa yg aku buat.. Update/downgrade Driver untuk network card.. restart pc..insyaallah..masalah selesai.
Ada juga terjadi.. aku buat macam tu..still error Unidentified Network... so..aku sakit hati..aku off ja pc tu..esok pagi.. bila on..eh..dah hilang pulak error tu dan dah dapat akses ke network seperti biasa.. oh..inilah yang dinamakan system. Maka berakhirlah masalah Unidentified Network di dalam pejabat aku ni..
Memula dapat error ni.. pening juga memikir..Alhamdulillah..selepas aku goggle ..call HQ dan bertanya kengkawan.. akhirnya masalah ni aku jadikan ilmu baru buat diri.
No comments:
Post a Comment