Wednesday, December 17, 2014

FULLER HOTEL ALOR SETAR

12-13 Dec 2014 , kami sekeluarga chek in kat Fuller Hotel. Kami ke sini bukan atas dasar bercuti , tetapi untuk memudahkan urusan suami aku mengendalikan majlis makan malam yang dianjurkan oleh pejabatnya di Menara Alor Setar. Jadi dari Fuller hotel nak ke Menara..memang dekat sangat. Fuller hotel ni berdekatan dengan Putra Medical Centre ( PMC ) dan INS Specialist Centre, memang amat dekat sesangat.

Nak jadi cerita, kami kesini secara walk-in, suami aku cakap takyah booking la.. mesti bilik banyak kan..dan kami dah sepakat nak ambik Family Room. Bila sampai kaunter pendaftaran...sekitar jam 4.00 ptg lebih, kami dimaklumkan..bilik dah penuh..yg tinggal cuma bilik standard sama ada nak katil king atau single.. Ha...padan muka. Jadi..nak keluar ke hotel lain, akan makan masa pula, sedangkan sahabat suami aku dah menunggu di menara. So, kami setuju ambil bilik standard, dengan katil king. Bayaran RM 108.00 dan tiada Govement Rate kat sini. Lepas tu aku minta extra bed.. kerani tu cakap..kat sini tak di sediakan extra bed. Hahahahah... nasib la...

Gambar dari pamplet ni adalah ruangan menunggu ,berhadapan kaunter pendaftaran. Aku memang tak snap gambar depan ni..sebab masa aku check ni, ramai yang sedang lepak sini. jadi..takan aku nak over acting kat situ pulak kan.

Inilah biliknya..kecil molek. Katil saiz king, cadar semua putih bersih, Bilik pun bersih dan kemas. Jadi dari segi kebersihan, memang boleh bagi 5/5. Dari segi saiz, kalau cuma berdua..memang sesuai tapi kami berempat..hemm...

Tandas.. Kecil tetapi selesa.

Kemudahan lain, tersedia seperti kebanyakan hotel . Disebabkan bilik ni kecil, maka tiadala almari atau rak yg besar-besar tu. Di sebelah kanan gambar ni korang
nampak dinding cokelat tu..jadi di situlah tempat untuk menyangkut pakaian.Kecik molek jer..
Kemudahan lain.. Wifi percuma..bila korang chek in sini..diorang akan bagi username dan pwd. Untuk iron pula disediakan di hujung laluan bilik.Jadi kalau korang sedang iron baju..ada orang lalu.. boleh senyum-senyum dulu la.. Senyum kan sedekah..

Kalau buka tirai ni..korang akan nampak bilik -bilik lain. Apabila pandang ke bawah, korang akan nampak taman simple yg tersedia. Aku tak snap gambarnya juga..sebab..nak buka tingkap pun aku rasa segan..orang di bilik sebelah, di bilik depan..semua akan nampak aku kat situ tergedik nak ambil gambar . .Ish..ish..ish..
Maka, sekian ulasan aku untuk kali ini.Nanti aku teruskan dengan majlis makan malam di

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...