Monday, November 10, 2014

Masa Berlalu

Jenuh aku mencari masa nak update blog dalam bulan nih. Masa aku penuh ...  dasyat sungguh. Tapi bile cek balik kalender..rupanya dari bulan September sampai Oktober.. aku ada banyak due date yang nak kena ikut. Patutla aku rasa masa berjalan dengan laju ja.  Aku dah tahap berlari..tapi masa pula dah tahap memecut. Tetapi Alhamdulillah.. walaupun masa berada di tahap memecut..akhir sekali aku tetap mampu mengikut due date yang dah diberi.

Kalau kerja harian biasa tak termasuk dalam jadual aku..memang due date semua ni takda masalah.. sure aku boleh laksanakan dengan tenang dan boleh sembang-sembang lagi. Tetapi..kewajipan tugasan yg lain.. wajib aku selesaikan. Masalah sistem..aku ada 3 sistem utama..VIS, GIS & SPDDS. Sistem Kewangan pula...ESPKB, e-Perolehan & e-Terimaan. Segala masalah PC, Printer, Server.. aku jugak yg kena.. dah memang kerja aku..tetapi..Mesin Fotostat rosak pun aku kena jugak ? dan nak baca bilangan Photostat mesin pun aku jugak.. mesin faks tak jalan..aku juga kena...dan letrik tetiba takda kat tempat pun..aku jugak ??? aik.. apa koja aku nih ??? .
                            

                             

Tu belum lagi dikira kerja-kerja lain lagi yg dah tersenarai dari bos.Tengah pening pikir masalah PC..tetiba bos panggil..nak data ..ala..nak data..macam-macam pulak..pastu..kes berlambak nak daftar ke sistem jabatan ..urgh...memang aku makan sambil ngadapa PC la jawabnya....tetiba rasa....WAAAAA !!! AKU NAK CUTIIIII ... tapi tak boleh..kalau aku cuti...sapa nak buat keja aku..masuk keja..aku jugak yg kena.padanmukaaku !!. Kat sini..aku sorang ja title F... jadik..pahit manis tanggung sendiri la..


Tapi adatla bekerja.. ada pahit dan ada manis..cabaran kekadang menjadikan aku lebih sabar dan masalah yg timbul adalah sebahagian dari ilmu yg aku perolehi. Ada hari tenang..ada hari aku terpaksa berlari dan melompat. Sesudah selesai.. rasa syukurnya.. Allah sentiasa memberikan aku Ilham untuk menyelesaikan masalah yg timbul. Yang penting..hati sentiasa ikhlas dan tidak membandingkan kerja kita dengan org lain...pasti rasa gembira dan kita pun muda selalu..kekekek....

Minggu ni 12 bijik PC baru akan di setup..dan bila PC baru di setup..maka aku pun takan boleh duduk diam kat tempat. Aku kena pastikan semua pc link dengan network, semua pc kena install sistem wajib lam office ni, siap install keperluan mengikut user.. dan yg akan membuatkan aku lebih pening kepala..adalah user error. Adoi..  Staff kat sini tak ramai yg pernah guna Windows 8. Jadi.. korang bayangkanlah apa yg akan terjadi. Dari segi sistem pula.. tak semua yg akan mesra dengan Win 8 ni.. hai..masakla la aku... kekekekeke .



2 comments:

Anonymous said...

tuan. kalau espkb tertutup sendiri semasa di akses apa punca masalahnya? dah reinstall ie8 tu masih jugak sama.. bila akses internet tak juga ie8 tu tertutup.. mohon nasihat tuan

mela said...

espkb tertutup semasa sedang di akses atau setelah ditinggalkan seketika ? Cik gunakan Nexus atau Ivest ?

Nufnang