Memula..aku fikir aku nak buat entry berasingan bagi Zoo Taiping dan Muzium Taiping , tetapi disebabkan aku yang kesuntukan masa.. maka timbulla tajuk di atas. Aku gabungkan sekali kisah di sana.
Hari pertama kami bertolak terus ke TELUK BATIK untuk menjayakan sambutan hari keluarga. Di sana kami menginap di MARINA COVE RESORT . Keesokan harinya kami sekeluarga bergerak ke Taiping. Di Taiping kami lepak kat KAMALODGE RESORT, memang best di sini. Jadi..semasa lepak kat sinila kami meronda sekitar Taiping. Menikmati keindahan Alam ciptaan Allah. Last aku sampai ke Taiping pada tahun 2010 semasa sedang mengandungkan Firas. Time tu kami lepak di TAIPING GOLF RESORT . Jadi selepas 4 tahun..kami kembali lagi ke sini.
Suasana di Muzium Taiping
Anak -anak aku seronok tengok kereta ni sebab spare tayer duk kat tepi.
Jenjalan dalam Zoo
Ok.. Harga Tiket
Orang utan
Entah manusia mana yg buang sampah kat dalam kandang ni, sungguh tak prihatin.
Lepak di Taman Tasik sambil Makan Ais krim
Telah berkali-kali aku ke Taman Tasik Taping, dari zaman aku masih kekanak comel..sehinggalah dah beranak dua, namun suasananya masih tetap aku rindui. Pokok-pokok besar yang berusia melebihi umur aku masih gagah memayungi sekitar tasik. Rezeki kami pula haritu, ramai sekali pasangan pengantin yang sedang bergambar. Semoga keindahan dan kedamaian yang sedia ada di sini akan terus kekal dan terus di lindungi dan dapat dinikmati oleh generasi yang yang akan datang.
No comments:
Post a Comment